💡idea

Idea ideaku

Saya ada banyak idea. Terlalu banyak idea, sampai tak tahu mana nak kejar. Kadang-kadang banyak idea, boleh buat kita rasa kita tak buat apa-apa.

Ini tak baik untuk mental. Jadi saya senaraikan semua idea dengan harapan, ada orang yang berminat nak bekerjasama. Jadi boleh lah idea di realisasikan tanpa bekerja terlalu berat.

Senarai ideaku

  • kuizXYZ (kuiz suka2 dan survey analytics combined)
  • kuiz Sofware or SaaS
  • landing page SaaS untuk creator
  • Buku Kira2 versi sempurna iaitu SaaS untuk peniaga kecil
  • app dan sistem untuk restoran ambil order, print resit dan automatik catat perniagaan SaaS atau offline sistem dengan raspberry pi
  • kamus masyarakat - sebuah kamus BM yg di bina oleh orang awam, cadangan perkataan baru, dan semua data akan di json_dump secara percuma. tujuan untuk perkasakan bahasa Melayu, elakkan sesetengah website buat perkataan melayu baru tanpa persetujuan ramai (amanz cipta perkataan 'permua' = permainan mudah alih). web mesti utamakan performance dan UI yg simple
  • form REST SaaS
  • mobile backend/database as a service
  • usahawan bumiputera website untuk membina jaringan peniaga melayu. pengedar dan pengeluar produk berhubung dengan peniaga. tujuan: jadikan bumiputera 30% kuasai ekonomi negara. peniaga juga didiki dengan sifat2 mulia berniaga, ikut sunnah. tukar budaya bersaing kepada bekerjasama.
  • homestay / vacation rental website untuk travel
  • website niaga
  • koleksi kertas kerja oleh Malaysian. supaya mendapat kajian dan pandangan dari Malaysian. Ahli akademik Malaysia mesti berdaya saing
  • app harga minyak malaysia
  • web tafsir quran dan hadis oleh ulama Malaysia dalam bahasa Malaysia
  • web dan app untuk runner (penghantar barang)
  • cikgu Bot - app dan sistem untuk student sekolah Menengah. tujuan: melahirkan student yg pandai dan suka belajar. macammana app berfungsi? app akan beri kuiz kepada student stiap hari, dan cikgu bot (algortihm / AI) akan analisa soalan yg dah dijawab dan bina soalan baru yang boleh menjadikan student lebih pandai, dengan cara memfokuskan kelemahan student. sumber soalan, akan diperoleh daripada crowdsource. setiap ahli akan diberi kredit, untuk menggalakkan student beri sesuatu sebagai contoh duit atau submit soalan untuk dapat kredit lebih
  • karyawan muda - orang muda nak dangat popular / viral, sampai buat benda pelik2, naik tempat tinggi tak pasal2, ada sampai menceroboh kawasan larangan. - karyawan muda akan beri ruang untuk orang muda submit apa yang mereka buat dengan harapan mereka viral dengan sesuatu yang memberi faedah - atau dengan karya yang baik - bukannya tak de faedah
  • app / web pilih gambar dan buat buku foto - buku foto ini dalam bentuk pdf - tapi pengguna boleh pilih kedai cetakan buku tersebut - bayar - kemudian buku utu akan di pos oleh kedai mencetak
  • kandang kambing IoT
  • reban ayam IoT
  • personal assistant AI dalam bahasa Melayu

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea