📝Nota

Projek dan eksperimen yang pernah ku buat

Saya ada menyenaraikan idea-idea yang saya nak buat. Tapi dengan melihat apa yang kita nak buat sahaja, boleh menimbulkan perasaan tertekan (stress) yang kita tak berjaya.

Sebab itu, pakar-pakar motivasi seperti __, ____, mencadangkan agar seseorang itu menulis senarai perkara yang anda dah buat. Saya menulis senarai ini, untuk tujuan peringatan kepada diri sendiri supaya jangan stress.

Pernah tak anda rasa tertekan, rasa nak menangis, seolah-olah anda tak buat apa-apa dalam hidup. Anda rasa seperti tak mencapai matlamat. Anda rasa anda buat terlalu sikitlah sepanjang hidup hingga ke hari ini. Kalau ada lah perasaan ini, saya mengajak pembaca untuk menulis Senarai Aku Buat (senarai macam ni lah).

  • Berbelas aplikasi kuiz di Google Play store
  • Aplikasi Doa di Google Play Store, Samsung Store
  • Blog fajarhac.com
  • Aku dah belajar banyak tentang Node.js dan Javascript
  • Buku21 kat github
  • ilmuadalahkuasa.com. Walaupun dah offline, tapi kemahiran dan kesungguhan menjayakan forum dan API untuk kuiz sangat hebatlah
  • Game Impianku (@ ulat) guna LibGDX. Seriusly, aku dah buat game
  • Game IAK fighter. Game yang guna kuasa dari kuiz dan ilmuadalahkuasa.com
  • Video teks gerak2 dengan Blender 3D promosi ilmuadalahkuasa.com. Programmer pun boleh buat guna Blender 3D untuk buat video
  • Berbelas-belas infografik sifat solat nabi S.A.W.
  • Theme Besar (@ Sempurna) untuk Hugo - tapi guna untuk Blog fajarhac.com ni sahaja

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea