Koleksi Infografik Sifat Solat Rasulullah

Koleksi infografik yang saya buat untuk mengajak semua orang kembali kepada sunnah. Buat ikut Rasulullah bukan ikut orang kata. Ringkasan yang saya belajar dari buku Sifat Solat Nabi oleh Imam Al-albani.

Mengapa buat infografik sifat solat nabi S.A.W.

Pada suatu hari saya tertawan dek nasihat yang mengajak solat seperti mana Rasulullah SAW solat. Saya pun beli buku, terjemahan Sifat Solat Nabi tulisan Imam Al-Albani.

Dalam pada masa yang sama, saya juga sedang ketagih infografik dan pinterest. Maka timbul ilham untuk menotakan dan meringkaskan isi buku tersebut ke dalam bentuk infografik.

Lalu lahirlah:

Sumber Terbuka dan Mohon Sumbangan Semua

Semua infografik ini dilepaskan di bawah lesen CC0 (public domain) bermakna sesiapa saja boleh muatturun, cetak atau buat apa-apa saja tanpa perlu minta kebenaran saya.

Lebih baik daripada itu, saya mengubah infografik ini ke dalam format vektor grafik dan sumber terbuka (open source) di Github dengan harapan kita boleh bersama-sama memperbaiki kualiti infografik ini. Akan datang