Saya tertarik dengan artikel 12 startups in 12 months oleh Peter Levels. Artikel tu pada 2014, lama dah ni. Saya baru terjumpa.
Saya sekarang dari dulu lagi ada banyak idea yang saya nak buat. Tak percaya? Nah! Saya [senaraikan idea-idea]({{< relref "nota/idea-ideaku.md" >}}) yang saya nak buat tapi tak terbuat.
Jadi dengan projek 11 startup 11 bulan #11s11b, saya boleh buat apa-apa sahaja projek yang saya nak dalam masa 1 bulan. Saya akan menghasilkan MVP (minimum viable product) untuk melihat pasaran, sama ada boleh laku ke tak.
Masalah pertama - Siapkan
Nak buat tak de masalah, saya cukup kemahiran teknologi. Tapi bab nak siapkan sentiasa menjadi masalah besar. Kenapa 😕?
Apabila saya buat sesuatu app/web, sentiasa ada saja benda yang nak ditambah. Jadi, produk tak pernah siap. Padahal, kadang-kadang benda dah siap cuma tak sempurna je. Mana ada benda sempurna dalam dunia manusia ni.
Mana ada benda dalam dunia ni yang dah siap.
Facebook, Twitter, MRT 🚆 pun masih tak siap. Ada saja fungsi yang baru ditambah. Tak sempurna.
Pendek kata tiada sempurna.
Tamat je minggu ke-3, hari ke-21 malam setiap bulan, macam mana sekalipun keadaan produk ku, itulah SIAP. Maknanya masa merancang startup, kena fikir betul supaya logik untuk disiapkan dalam masa 14 hari.
Produk dihasilkan dalam masa sebulan ini disebut MVP. Kisah John Wheeler mendapatkan $1000 dalam masa sebulan melalui web ringkasnya boleh dijadikan motivasi dan rujukan bahawasanya tak cantik atau low-tech semuanya boleh berjaya asalkan benda tu memang ada nilainya.
Tapi, saya suka cantik, inshaAllah saya akan luang masa sikit untuk cantikkan produk. Jangan risau ✌.
Masalah kedua - Pelancaran dan promosi
Saya dah buat pelbagai web dan app. Tengok saja halaman projek saya, semua projek boleh tahan kualiti siapnya. Tapi, mungkin anda tak pernah dengar. Kenapa? Sebab saya tak reti dan takut nak promosi.
Pada mata saya, semua projek tu tak siap lagi. Balik ke masalah pertama kan? 😉 Pada mata saya, banyak benda boleh baiki lagi sebelum nak promosi. Akhirnya promosi tertangguh sampai tak terbuat.
Masalah takut orang kata
Nanti apa orang kata? Lepas tengok produk yang 👎 uwekk 👎 ni? Buat malu je. Banyak lagi produk yang lebih kurang sama, tapi jauh lebih baik daripada ini. Nanti orang kata, berlagak gelar diri programmer padahal buat benda macam tu je.
Semua perasaan ini, datang apabila saya nak beritahu orang tentang produk kita buat.
Pada awal-awal belajar programming, saya dengan gilanya buat lah sebuah [web forum, namanya jambatan laut cina selatan]({{< relref "blog/jambatan-laut-china-selatan.md" >}}). Saya berjaya menghasilkan web forum yang berfungsi dengan baik. Masa tu, saya tak tahu tempat nak promosi, saya pun cari forum, jumpa bincang.net (sekarang web ni dah hilang ghaib), buka thread. Awal-awal tak de sorang pun layan. Setelah sekian lama mengisi thread tu sorang-sorang, adalah sorang komen. Dia komen dengan sopan (kot), tapi sangat-sangat menjatuhkan semangat.
Tapi itu cerita lama, saya sekarang dah cukup hebat. Berbekalkan kemahiran programming lengkap dengan best practice, kemahiran tulis script automation untuk cepatkan kerja, kemahiran mengurus server dan sumber dari npm yang berlambak, inshaAllah saya boleh hasilkan perisian kualiti berkali ganda lebih baik dari dulu.
Penyelasainnya, tak de sempurna, orang boleh kata apa pun, ambil pengajaran atau abaikan saja. Kalau dia silap, kasar tak sopan, kita dapat pahala bila kita sabar. Tu je.
Tak cukup network, tak de kawan untuk tolong promosi
Saya tak de facebook, tak de twitter, tak de instagram, tak de kenalan hebat dalam dunia pengaturcaraan di Malaysia ni. Jadi macam mana nak promosi?
Belajar dari Peter Levels (levels.io). Dia mula-mula akan share di TheHackerNews pastu email blog atau web teknologi yang popular sama ada secara terus atau melalui jurnalis. Jadi ini yang akan saya akan buat.
Saya akan tulis artikel di blog sendiri dulu, kemudian cold email jurnalis amanz.my, post di wangcyber thread walaupun WC dah tak macam berfungsi sangat dan hantar artikel ke TheVocket. Ini promosi paling minimum. Saya perlu cari web-web lain juga.
Sebenarnya, saya ada facebook dan twitter, tapi saya tak suka sosial media ni. Sebab saya mudah tenggelam dan dalam tak sedar terbuang masa. Jadi walaupun ada akaun, saya dah 2-3 tahun dah tak login. Tak juga berniat untuk kembali aktif di sosial media.
Saya yakin projek #11s11b ini akan menjadikan saya popular sehingga 23 juta rakyat Malaysia nak contact saya 😛. Emel hosting percuma saya (Zoho) mungkin tak mampu menanggung tanggung jumlah peminat yang terlalu ramai ini. Untuk tujuan itu, saya akan guna twitter @fajarhac dan hashtag #11s11b untuk orang contact saya.
Akaun twitter yg sama juga akan digunakan untuk untuk promosi startup-startup yang akan dibuat nanti dengan penggunaan hashtag.
Oleh sebab itu, saya nk minta tolong pembaca sekalian untuk mempopularkan #11s11b dan hashtag startup yang akan dibuat nanti.
Sebab akaun baru dan pengikut zero, mungkin agak sukar nak buat kot. Tapi, no problemo. 😃
Tak reti nak promosi
Saya tak reti nak promosi. Macam mana nak tulis emel kepada jurnalis ni? Kan silap tulis kan, nanti jurnalis tu sumpah jadi batu,😨 macam mana?
Kalau anda perasan, saya selalu sangat ada perasaan takut apa orang kata. Sebenarnya, saya kagum dengan orang yang pergi interview pertandingan nyanyi 🎵 (akademi fantasia, mentor) walaupun lepas naik pentas dan nyanyi semua orang gelak.
Saya programmer. Saya mahir menyelesaikan masalah. Kalau tak tahu, google ada semua jawapan. Sebagai programmer, kemahiran menggugel saya pun di tahap tertinggi. Jadi tiada masalah tak reti. Tak reti boleh cari dan belajar. Selesai.
Penyelesaian untuk masalah pelancaran dan promosi
Penyelesaian keseluruhan untuk masalah promosi dan launching sangat senang, Just Do It. Saya cuma ada masa seminggu, minggu terakhir pada setiap bulan untuk promosi startup bulan tersebut. Tak promote, tiada peluang kedua. Sebab minggu depan nak fokus projek lain pulak.
Biarlah produk tak sempurna pun, biarlah orang kata apa pun, biarlah komunikasi tak ikut skema usahawan sebenar pun. Biarlah apa pun, yang penting LAUNCH & PROMOTE.
Seminggu je, launch pada 22-24hb dan promosi bermula 22hb hingga ke akhir bulan. Buatlah apa-apa pun, macam mana sekalipun untuk promosi dalam tempoh itu.
Cuba bayangkan awak buat suatu produk, kemudian ramai orang guna dan suka. Apa perasaan anda?
Pengertian startup
Pengertian startup dari levels.io setelah gabungkan definisi-definisi startup daripada Eric Ries dan Paul Graham ialah:
A startup delivers a new product and grows it fast
BM-nya, startup ialah menghasilkan produk baru dan kembangkan dengan cepat.
Pengertian startup dari saya pula ialah:
mmm ... mmm ...
Secara jujurnya, saya tak suka budaya startup ni. Saya berpendapat, startup ialah buat produk, promosi besar-besaran, minta duit orang kaya untuk jadi lagi besar dalam masa yang singkat.
Antara 3 perkara yang saya tak suka tentang startup :
-
Cakap besar, berbohong dan tidak berprinsip. Cerita GrabGas oleh bekas developernya Julian Ee (http://julianee.com/a-tale-of-lies-and-deceit-my-experience-on-how-grabgas-screwed-me-over/) mungkin boleh dijadikan contoh antara budaya startup yang tak sihat.
-
Mengayakan orang kaya dan orang atasan yang sentiasa terlalu kaya. Ini kelemahan sistem kapitalis. Mungkin kita perlu melihat sistem ekonomi komunis atau sosialis. Tapi, bagi saya keseimbangan antara keduanya adalah yang terbaik. Caranya ialah, kurangkan keuntungan yang diberikan kepada pelabur dan naikkan gaji pekerja.
Tapi agak sukar jugak lah, sebab investor sebenarnya menanggung risiko bila dia menjadi pelabur awal. Kemungkinan besar mereka dah melabur banyak startup lain yang akhirnya terkubur.
-
Kuasa buat keputusan dan hala tuju projek bagi kita sebagai pembangun berkurang. Apabila ambil duit dari orang lain, keputusan perlu ambil kira pelabur. Kalau pelabur yang baik dan faham tak pe lah. Masalah akan muncul bila pelabur yang mencari keuntungan. Jadi segala hala tuju startup mungkin fokus kepada keuntungan saja.
Saya sukakan kontrol. Sebolehnya saya nak kawal semua hala tuju projek saya. Jadi ini mungkin masalah saya sorang je kot. 😉
Dah tu kenapa buat 11 startup 11 bulan
Saya cuma nak buat produk je. Cuba bayangkan awak buat suatu produk, kemudian ramai orang guna dan suka. Apa perasaan anda?
Itulah yang saya cari, kepuasan menghasilkan sesuatu yang digunakan oleh ramai orang. Tapi saya tak nak cari viral je. Saya nak buat sesuatu yang berguna.
Saya gunakan tajuk, '11 startup 11 bulan' sebab selari dengan tajuk 12 startups 12 months yang menjadi inspirasi projek ini. Satu lagi, sebab dengan guna perkataan startup senang sikit orang nak faham kot.
Kenapa 11? Sebab sekarang dah 24hb Januari. Nak habiskan tahun 2017 ni je.
Penutup
11 startup 11 bulan dah bermula, ikuti twitter saya @fajarhac.
Sebab artikel ni panjang, saya buka satu halaman ringkasan untuk menyenaraikan segala cerita berkaitan projek 11 startup 11 bulan. Tapi kalau nak notifications dan bersama-sama dengan saya untuk jayakan projek ini, ikut saya di twitter.
Banyak benda baru yang saya akan belajar, banyak benda yang saya tak tahu, saya perlukan bantuan anda.