Akhirnya yang Bukan Akhir Sebenar

Nak perkembangan terbaru tentang fajarhac dan projek 11 startup 11 bulan (#11s11b) dengan segera? Sila follow saya di Twitter @fajarhac.

Doa-doa harian app

DOWNLOAD

Akhirnya siap jugak aplikasi Android ku. Aplikasi Doa-doa harian.

Aku baru je belajar Java dan Android. Aplikasi ini, biasa je. Sesiapa yang baru belajar pun, InsyaAllah boleh buat.

Aplikasi ini akan jadi sumber terbuka tapi bukan dalam masa terdekat, sebab aku masih takut aplikasi ini menyalahi sunnah. Agama bukan lah bidang aku, jadi tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Walau bagaimanapun, sumber-sumber ilmu untuk menghasilkan app ini adalah yang boleh dipercayai. Sebahagian darinya adalah amalan yang aku belajar semasa sekolah dulu. Setakat ilmu yang aku ada, aku yakin app ini tidak mengandungi kesilapan. Namun demikian, sebagai manusia, tidaklah dapat aku lari dari kesalahan. Itulah aku namakan Akhirnya yang bukan akhir sebenar.

Disebabkan itu, saya memohon sesiapa yang dalam ilmu nya tentang agama atau agama adalah bidangnya dan mempunyai keinginan untuk app ini digunakan sebagai panduan oleh umat islam, membantu saya untuk menyempurnakan aplikasi ini. Sekiranya saudara/i adalah orang yang sudi membantu, silalah mengisi word document yang disertai bersama fail zip aplikasi. Emel word document yang diisi ke alamat emel saya. Tinggalkan je komen di bawah.

⬅ msnbc effect BARU Perjalanan Belajarku ➡

Artikel Terkini

Follow saya di Twitter @fajarhac

comments powered by Disqus