Belajar Dari Pengalaman

Nak perkembangan terbaru tentang fajarhac dan projek 11 startup 11 bulan (#11s11b) dengan segera? Sila follow saya di Twitter @fajarhac.

Mula-mula, aku rasa perlu aku beritahu yang aku bukan programmer yg programmer. Aku belajar programming kerana suka-suka.

Di sini aku ingin menyampaikan pengalaman ku dalam proses belajar programming ni.

Aku mula belajar programming dengan belajar python, sebab banyak komen positif tentang python ni. Antaranya mudah nak belajar bagi orang yang baru nak berjinak dengan programming ni. Jadi aku mulakan dengan python.

Terbukti memang mudah, tapi aku terhenti setakat tambah, tolak, bahagi, darab nombor sahaja.

Kenapa? Sebabnya semakin lama proses semangat belajar tu hilang, apatah lagi dengan keseronokannya juga hilang. Jadi python tamat di situ.

Sehingga suatu hari aku semangat nak belajar programming datang lagi. Jadi aku mencari sesuatu yang lebih seronok. Aku pun teringat aku pernah baca tentang buat website guna hanya Microsoft Word.

Aku mendalami bahagian itu. YA, HTML bukanlah programming dengan erti programming yang sebenar. TAPI, itulah permulaan yang menyeronokkan dan yang dapat menstabilkan sedikit semangatku.

Kenapa html seronok? BUKAN, html tidak seronok, yang seronok semasa belajar html aku dapat css. Css itu yang menampakkan apa yang kita buat itu lebih cantik. Dan seterusnya javascript, yang menjadikan apa yang kita buat dengan html, yang dicantikkan dengan css, berfungsi seperti satu software. Atau dipanggil web app.

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang ingin mula belajar programming, saya cadangkan mulakan dengan html. Pastikan html5! TAK BANYAK! Html, css, javascript adalah saling berkaitan. Perkara yang terpenting, mereka (html,css,javascript) ini dapat menunjukkan hasil yang menggembirakan bagi orang yang mula berjinak dengan programming ( berdasarkan pengalaman sendiri,ku berkata begini).

:: Saudara tidak perlu menjadi pakar, cukuplah sekadar mampu menghasilkan website yang dipanggil website. Jadikannya sebagai asas untuk berjinak sahaja.

⬅ Dari tumblr lama ku 3 (Mar 23rd, 2012 8:51pm) BARU msnbc effect ➡

Artikel Terkini

Follow saya di Twitter @fajarhac

comments powered by Disqus