Perjalanan Belajarku

Nak perkembangan terbaru tentang fajarhac dan projek 11 startup 11 bulan (#11s11b) dengan segera? Sila follow saya di Twitter @fajarhac.

Saya mula berasa seronok belajar html,css apabila membaca buku Head First : HTML with CSS and XHTML. Kepada sesiapa yang ingin mula belajar html css, saya mencadangkan buku ini sebagai buku pertama saudara/i. Cara penerangan dalam buku ini amatlah jelas sekali untuk orang2 baru. Ada juga latihan-latihan yang menjadikan saudara/i sebagai pembaca yang aktif. Penerangan bergambar jugak membantu pemahamam lebih mudah. Dalam proses pembelajaran ni, membaca dan buat tutorial, boleh memberikan kita input yang baik. Namun untuk lebih masyuk dengan apa yang kita belajar, mempraktiskannya adalah yang TERBAIK. Saya simpulkan, dalam proses belajar programming umumnya.

  1. Baca buku, buat tutorial.
  2. Walaupun buku belum habis baca, dalam otak saudara/i mesti timbul idea untuk menghasilkan sesuatu. Jangan tunggu habis baca buku baru nak. BUAT SEGERA. Jadi 2 adalah “buat projek”. Saya, misalnya semasa masih membaca buku, belajar javascript di youtube, telah menghasilkan beberapa website. Di sini adalah contoh web yang xpernah siap dan menunggu kekuatan untuk belajar javascript meningkat lagi. Sejak saya mengenal php, javascript jadi macam susah.
  3. Jangan berhenti membaca, cari tutorial.

3 benda ini berulang-ulang. Lepas bosan dengan javascript saya berpindah ke php. Sebenarnya, bukan lah saya bosan dengan javascript, tetapi tiba masa saya mendapati javascript tak dapat buat ini/itu, saya mencari alternatif lain. Itulah menyebabkan saya ke php. Mungkin javascript boleh tetapi jalannya susah, jadi sebagai orang yang baru belajar, saya mencari jalan yang lebih seronok dan mudah. Php membolehkan saya menghasilkan todo mudah, sebuah website todo yang ringkas Yang xberpenghuni. Sekali lagi setelah menghasilkan app ini saya rasa bangga, tetapi todo mudah ini lambat, slow . Saya kecewa dengan ini. Menyebabkan saya fikir ini salah web hosting server. Tapi kalu tengok balik code saya rasa cara saya pun salah. Walaupun begitu, saya tidak jumpa pembetulannya lagi. Saya meninggalkan php biasa ini dan cuba belajar php framework pula. Sekarang saya masih dalam belajar php framework codeigniter. Doakan saya belajar dengan aman seronok dan berhasil.

Sebagai tambahan, setelah saya tahu yang worpress adalah sebuah cms, saya pun hasilkan website ini. Menggunakan wordpress tidak lah susah. Langsung tidak susah. Cuba lah sendiri, tutotial berjuta. Tapi, lihatlah theme web ini, ini adalah theme yang dah direka oleh orang lain dan saya cuma pengguna. Saya ingin menjadi penghasil, sebab itu saya belajar html,php,python,java dan lain-lain. Namun perjalanan panjang. Tetapi, perjalanan ini seronok. Alhamdulillah. Sekian.

⬅ Akhirnya yang Bukan Akhir Sebenar BARU Aku videokan tentang doa2 harian android ➡

Artikel Terkini

Follow saya di Twitter @fajarhac

comments powered by Disqus