Doa2 Harian ke Samsung Appstore

June 06, 2012

Akhirnya aplikasi Doa2 Harian berjaya menjejakkan kaki ke Samsung Appstore1 dengan nama Muslim Daily Prayer. Semestinya app ini percuma dan bebas iklan.

Walau bagaimanapun saya tidak mendapat sebarang bantuan dari mana individu lagi setakat ini. Jadi saya tidak pasti dengan kebaikan app ini. Seperti yang saya katakan sebelum-sebelum ini, bidang agama bukan bidang khusus saya. Saya menghasilkan app ini berdasarkan pembacaan semata-mata.

Saya masih berharap orang-orang memuat turun app ini,dapat memberi kritikan dan cadangan. Setelah mendapati samsung appstore tidak memerlukan kad kredit untuk mendaftar sebagai pencipta (developer), saya dengan tidak ragu terus mendaftar dan memuat naik aplikasi saya. App yang dihantar dimuat naik di samsung appstore memerlukan lebih 3 hari untuk proses pengesahan supaya tidak melanggar mana terma dan syarat samsung.

Muslim Daily Prayer pada mula nya tidak diluluskan kerana nama app dimestikan dalam bahasa Inggeris bagi app yang ingin di jual lebih daripada 2 buah negara. Saya ingin aplikasi ini boleh didapati di Brunei dan juga Indonesia, jadi tanpa pilihan saya perlu menukar nama aplikasi kepada nama Inggeris.

Kesimpulan, silalah muat turun aplikasi Muslim Daily Prayer di samsung appstore untuk android bagi mereka yang mempunyai telefon samsung. Serta jangan lupa kritik aplikasi ini, saya mohon disamping pujian nyatakan kekurangan, terutama jika ada kesilapan, saya mohon perbetulkan.


  1. Link dah tiada, app di Samsung Ap Store tak kemaskini lagi sebab tak guna Samsung lagi.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea