WOW, lama tak kemaskini

July 04, 2012

Memberi alasan bukalah minda orang cemerlang, tapi tanpa alasan bagaimana nak bagi orang faham. Alasan ku, suatu hari, ku tetiba terpanggil menghasilkan satu aplikasi baru. Kali ini webapp. Setelah melihat satu rancangan televisyen, saya mendapat idea untuk menghasilkan app ini.

Ceritanya begini, orang dalam tv tu berkata dia tidak seronok jika dipanggil sebagai genius, sebab apa yang dia peroleh hari ini adalah hasil usaha juga, bukan lahir-lahir dah pandai. Ayat begini saya dah terfikir dulu. Lama dahulu, semasa ku masih kecil (masa sekolah menengah mungkin), di mana angan-angan adalah makanan sebelum tidur. Ku berangan menjadi orang yang berjaya dan di kenali ramai. Ku berangan di temuduga dan saya mencipta jawapan,

saya tidak suka dipanggil genius, kerana kejayaan datang dari usaha. Sekiranya kita memanggil orang yang berjaya itu kerana genius, saya bimbang orang lain menganggap dia genius sebab tu dia mampu dan aku tidak genius aku tidak mampu".

Tetapi itu dulu, setelah aku sendiri mendengar orang lain berkata begitu aku terfikir balik, dan aku rasa aku tukar jawapan kepada,

jujur bila digelar genius terasa bangga diri ini, tapi saya berharap orang yang mendengar melihat tahu bahawa saya tidak dilahirkan dengan terus pandai. Ya, saya diberikan rezeki oleh Allah untuk mendapat apa yang saya dapat hari ini, tetapi kejayaan ini tidak lah durian runtuh. saya sendiri juga mennggoncangkan pokok itu supaya runtuhnya durian.

Walaubagaimanapun itu angan-angan, saya tidaklah pernah masuk tv, radio untuk di temuduga.

Si berjaya yang lain dalam rancangan yang sama berkata dia menggunakan masa hampir 4jam sehari untuk berusaha agar menjadi yang berjaya. Lagi si berjaya yang lain pula berkata dia sehingga berhenti kerja untuk fokus menuju kejayaan. Dari sini saya mengimbas masa lepas saya, macam mana saya mula menyelam kedalam bidang programming ini. Rumah saya keluarga biasa, pada tahun berapa ntah, POS MALAYSIA mengadakan kempen "satu rumah satu komputer, oda saja", dari situ dan mungkin sebelum itu lagi saya sudah mula meminati pc. Mungkin pc yang oda saja kurang kualiti atau tangan saya yang gatal, sehingga pc itu rosak berkali2.dan kini tidak ada lagi pc itu. Setelah saya masuk universiti, saya hidup sendiri dan mempunyai laptop sendiri, minat bertambah, perasaan ingin tahu berombak-ombak. Sedikit demi sedikit, secebis demi secebis, segenggam dan masih belum berakhir, diri ini semakin ingin tahu. Alhamdulillah terhasillah apa yang terhasil hari ini. Perjalanan belum tamat.

Terlalu panjang cerita, lupa tajuk asal, applikasi doryoku adalah aplikasi menggunakan html5, css dan javascript semata-mata. Daripada cerita yang panjang saya mendapati untuk mendapat sesuatu kita perlukan masa. Kejayaan tidak datang dengan mudah. Berikan diri sendiri masa, melangkah lah. DORYOKU merekod masa untuk saudara/i yang ingi berusaha.

  1. Setiap kali ingin memulakan sesuatu hobi, klik start.
  2. Klik pause apabila berhenti.
  3. Ulang start dan pause sehingga 2-3 hari.
  4. Klik view data table.
  5. Salin (copy) data daripada jadual itu dan tampalkan (paste) ke excel.
  6. Dari situ saudara/i bolehlah menganalisa usaha terhadap apa yang saudara/i inginkan.

Jika kamu tawakal kepada Allah dengan ketawakalan yang sungguh-sungguh, maka Allah akan memberikan rezeki kepadamu seperti Allah memberikan rezeki kepada burung, pergi pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang.

:: Burung apabila keluar mencari makan, burung memerhati dan berusaha untuk menangkap rezekinya.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea