Selepas 3 hari bersama Ubuntu

September 12, 2012

ubuntu Hari ini genap hari ke-3 saya menggunakan Ubuntu atau lebih tepat Ubuntu 12.04 (Precise Pangolin). Saya mengenali ubuntu sejak ubuntu 8.10 mungkin. Lama dahulu, telah berkali-kali saya mencuba guna ubuntu, namun tetap tidak dapat menambat hati saya. Apabila Microsoft memperkenalkan Windows  7, saya sanggup menghabiskan RM 300 lebih membelinya. Sejak dari itu saya tidak lagi berniat untuk menggunakan ubuntu atau mana-mana LINUX sebagai sistem operasi (OS) utama. Walaubagaimanapun saya masih cuba berjinak dan mencuba Linux di Virtualbox. Saya pernah mencuba Linux Mint, Archlinux, ArchBang , Ubuntu (semestinya) dan lain-lain. Tapi sekadar mencuba sebagai orang berminat dengan teknologi.

Hal ini berubah apabila Microsoft memperkenalkan Windows 8. Saya mendapati Windows 8 tidak berapa sesuai dengan kehendak saya. Perkara ini menjadikan saya mula beralih ke Ubuntu yang telah lama saya minat. Ya, saya amat berminat dengan Ubuntu tetapi kebiasaan menggunakan Windows menyebabkan saya rasa tidak perlulah saya menggantikan perkara yang baru. Mengapa saya perlu tukar tilam baru kalau saya masih selesa dengan tilam lama. Itulah ibaratnya. Sari ini merupakan hari ke-3 saya menggunakan Ubuntu sebagai OS utama saya, juga bererti hari ke-3 saya tidak log masuk Windows 7. Untuk pengetahuan awam saya masih dualboot Ubuntu dengan Windows 7 kerana risau Ubuntu tidak sesuai dengan saya.

Baru 3 hari guna dah nak bagi komen macam PRO

Kalau itulah pendapat pembaca, saya mohon maaf. oleh itu, saya akan kembali menulis pasal Ubuntu selepas sebulan atau 2 bulan menggunakannya. Saya menulis ini hari ini kerana saya begitu selesa menggunakannya sehingga hari ini. Berikut adalah baik buruk Ubuntu pada saya setelah menggunakannya selama 3 hari;

Baik

  • 4 virtual desktop ( boleh tambah lagi jika mahu,tapi 4 terbaik pada saya )
  • Terminal ( senang dan lawa menggunakan python : lawa bila terminal boleh transparent)

Buruk

  • Ambik masa untuk setting ( install aplikasi yang saya guna di windows )
  • Kena rajin google kalau ada masalah ( ubuntuforum dan stackoverflow tempat terbaik )
  • salah faham ( Ubuntu bukan windows, jadi kena terima perbezaan ini dan belajar ubuntu )
  • Game ( ini perkara yang terbesar, tapi saya bukanlah gamer,jadi tidak kisah, ::tidak lagi mencuba wine )

Sekian tentang Ubuntu dari orang yang menggunakan Ubuntu sebagai OS utama selama 3 hari buat masa ini.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea