Mencuba Impress.js

Nak perkembangan terbaru tentang fajarhac dan projek 11 startup 11 bulan (#11s11b) dengan segera? Sila follow saya di Twitter @fajarhac.

impress jsSaya menjumpai prezi di lifehacker.com kalau xsilap. Mula melihat prezi, saya kagum. Inilah dia pengganti power point pada penglihatan pertama. Tetapi selepas ke laman web nya dan meneliti saya dapati ada beberapa halangan, antaranya untuk menggunakan prezi saudara/i memerlukan membuka akaun. Pada masa ini saya telah pun berminat dengan sumber terbuka, oleh itu saya cuba mencari kalau-kalau ada prezi alternatif. Dari situ saya mengenali impress.js. Impress.js adalah javascript dan css code untuk menghasilkan persembahan(presentation) seperti prezi. Malahan pencipta impress.js sendiri menyatakan dia prezi adalah inspirasinya. Walaubagaimanapun impress.js tidak mempunyai alat WYSIWYG(what you see is what you get) sebagai mana prezi. Disebabkan oleh itu untuk menggunakannya saudara/i perlu memahami sedikit sebanyak tentang html dan css. Alhamdulillah saya pada ketika itu sudah pun tahu serba sedikit tentang html,css. Jadi ia tidak menjadi masalah untuk saya terjun ke dalam impress.js ini. Namun, pada masa yang sama saya tidak ada apa untuk dijadikan_ presentation_ dan motivasi untuk menggunakan impress.js ketika itu adalah kosong. Sehinggalah baru-baru ini tiba hari lahir seseorang menyebabkan saya terasa ingin menghasilkan presentation . Di bawah adalah link kepada impress.js yang telah diubahsuai sedikit bagi melindungi nama-nama orang tertentu.

 link presentation

⬅ Belajar C++ (3) : Arahan Linux BARU Sibuk ➡

Artikel Terkini

Follow saya di Twitter @fajarhac

comments powered by Disqus