easy-impress.js?

July 17, 2013

Sekiranya saudara/i membaca artikel saya yang lepas-lepas, saudara/i mungkin terjumpa artikel menerangkan tentang impress js. Bagi saya, impressjs amat lah bagus, dan satu alat yang hebat.

Namun susah guna nya mungkin salah satu faktor menghalang saya untuk menggunakannya. Jadi saya memikirkan bagaimana kalau saya, pisahkan kepada dua bahagian, satu bahagian untuk sediakan papan untuk pertunjukan, dan kemudian setelah ia siap, baru lah mula memikirkan animasi atau gaya pertunjukannya.

Untuk itu saya sedang mencuba kemampuan javascript saya, dan semuanya masih dalam proses, tak tahu lah berjaya atau tidak. Di sini saya sediakan demo ringkas, kerja separuh jalan saya. link mati, hilang source code

Dengan melihat kod, jelas saya seorang yang serabut, walau bagaimanapun ini cuma untuk mencuba idea saja. Saya akan pasti javascript akan datang ditulis secara OOP (object oriented programming), jadi xde lah pembolehubah global (global variable). Tekan "spacebar" atau "anak panah kanan" untuk slide seterusnya dan "anak panah kiri" untuk slide sebelumnya.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea