Sifat Solat Nabi 01 - Menghadap Kiblat

January 09, 2015

Alhamdulillah langkah berjaya dimulakan.

solat menghadap kiblat - solat ikut nabi

Saya membuat keputusan untuk menghasilkan infografik sebagai ringkasan daripada pembacaan buku Solat Bersama Nabi S.A.W tulisan Muhammad Nasiruddin al-Albani terbitan Al-Hidayah Publications.  Semoga infografik ini dapat membantu saya untuk mengimbas balik pembelajaran dari buku tersebut. Selain itu, saya juga berharap pembaca sekalian juga memperoleh sedikit sebanyak daripada infografik ini.

Dalam infografik ini, saya meringkaskan perbuatan menghadap kiblat apabila bersolat. Pada awalnya kiblat orang Islam ialah ke arah Masjidil Aqsa, sehinggalah turun perintah Allah mengubah ke arah Masjidil haram iaitu tempat letaknya Kaabah.

Infografik ini hanyalah, ringkasan, sila baca buku asal untuk penjelasan. Pastikan pembaca sekalian baca buku asal.

Langkah pertama telah dimulakan. Memulakan langkah bukan sesuatu yang mudah dan Alhamdulillah, saya berjaya. Namun perkara yang lagi susah ialah mengekalkan kaki untuk terus melangkah adalah perkara yang juga bukan mudah. Semoga Allah menguatkan tangan ini untuk terus menaip, memberi kesihatan supaya akal boleh berfungsi dengan baik untuk mencari idea, memberi grafik yang lebih menarik.

Infografik ini, tidak di lesen. Pembaca berhak berbuat sesuka hati pembaca dan saya tidak akan bertanggungjawab.

Sekiranya pembaca menjumpai sebarang kesilapan dalam infografik ini, sila tinggalkan komen dibawah.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea