Sifat Solat Nabi 03 - Sutrah

January 11, 2015

Alhamdulillah infografik ketiga siap.

infografik menggunakan sutrah

Saya membuat keputusan untuk menghasilkan infografik sebagai ringkasan daripada pembacaan buku Solat Bersama Nabi S.A.W tulisan Muhammad Nasiruddin al-Albani terbitan Al-Hidayah Publications. Semoga infografik ini dapat membantu saya untuk mengimbas balik pembelajaran dari buku tersebut. Selain itu, saya juga berharap pembaca sekalian juga memperoleh sedikit sebanyak daripada infografik ini.

Perkara yang saya masukkan dalam infografik ini

Infografik kali ini ialah berkenaan menggunakan sutrah (pembatas di depan orang solat). Daripada infografik ini, kita dapat mempelajari keperluan mengamalkan sutrah. Malahan, penulis buku asal Imam Muhammad Nasiruddin al-Albani meggunakan tajuk "Sutrah dan kewajipan mengamalkannya". Melihat kepada hadis-hadis dalam infografik ini dan hadis yang saya tidakk masukkan, kita dapati banyak hadis menyuruh supaya mengamalkan sutrah. Saya juga memasukkan perkataan Imam Ahmad kepada Ibnu Hani yang menyuruh mengamalkan sutrah kerana kita semua tahu dan sepakat dengan ketokohan Imam Ahmad.

Namun sayangnya, saya tak nampak kita mengamalkannya. Saya pernah dilalui orang di antara sutrah ketika sedang bersolat. Hal ini terjadi pada hari jumaat, selepas bilal melaungkan azan sebelum khutbah, semua orang bangun untuk melakukan solat Sunat Sebelum Solat Jumaat. Saya yang baru sampai, bergerak ke bahagian depan dan melakukan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid. Dalam pada yang sama terdapat juga ramai orang yang sedang bersolat disekitar saya. Saya solat dengan menjadikan orang didepan sebagai sutrah (tanpa pengetahuan orang di depan). Tiba-tiba, dalam jarak hanya muat untuk saya sujud itu, datang seorang hamba Allah melintas di depan saya. Saya agak terkejut, sebab sekitar saya ramai juga orang yang sedang bersolat. Sekiranya dia melintas di depan saya kemungkinan besar dia melintas juga orang lain. Saya ingin mengangkat tangan untuk menghalang tapi saya keliru jadi dia pun berlalu tanpa dihalang.

Apa yang saya kelirukan? Dengan hadis yang begini jelas, saya tak sepatutnya keliru lagi. Menghalang orang melintas adalah wajib bagi saya. Tapi saya masih belajar, selain dari pengetahuan ini saya juga teringatkan pengetahuan lain. Saya risau orang yang dihalang ini tidak tahu. Jadi sekiranya saya menghalang dia, saya risau saya akan menjatuhkan maruahnya atau mungkin saya akan menybabkan dia tidak tahu nak buat apa. Dalam pengetahuan saya yang kecil ini, saya menerima pendapat bahawa penerangan perlu diberikan dahulu sebelum mengamalkan sesuatu yang masih asing dalam kalangan orang di situ. Orang yang melalui di depan saya itu juga melalui di depan orang lain, pasti dia tidak mempunyai ilmu tentang sutrah. Dan saya pun mengetahui perkara ini dengan jelas hanya melalui buku ini saja. Sedangkan ianya jelas. Hadisnya banyak. Larangan melalui depan orang solat itu jelas. Suruhan mengamalkan sutrah itu juga jelas. Kenapa kita tidak mengamalkannya?

Semoga Allah mengampunkan kita semua. Saya juga berharap, infografik menggunakan sutrah ini bolehlah disebarkan. Dicetak dan diletakkan di masjid-masjid (sekiranya pembaca adalah orang yang mendapat kebenaran pengurus masjid. Jangan cetak dan letak sesuka hati. Jangan buat sampah.).

Seperti biasa, infografik ini hanya ringkasan daripada buku asal Solat Bersama Nabi SAW. Sila dapatkan dan baca buku asal supaya pembaca lebih faham. Sekali lagi saya katakan, baca buku asal.

Perkara yang saya belajar dari segi grafik

  1. Gradient. Artikel/infografik sebelum ini saya katakan gunakan gradient daripada warnan gelap ke pudar, seolah-olah pencahayaan. Kali ini berbeza (lihat latar belakang infografik), saya gunakan gradient daripada satu warna ke warna yang lain. Ini menghasilkan warna yang menarik. Contoh yang terbaik ialah latar belakang utama Ubuntu 12.04.

  2. Meletakkan bayang-bayang dibelakang huruf / perkataan / ayat untuk mendapatkan tulisan yang lebih jelas. Jika sebelum ini saya menggunakan bayang-bayang di belakang grafik untuk menjadikan grafik kelihatan lagi menarik, kali ini bayang-bayang di belakang huruf menjadikan huruf itu lebih jelas. Tip ini dapat menjadikan infografik kali ini lebih mudah dibaca berbanding dengan sebelum-sebelum ini.

  3. Ikon agak memakan masa. Walaupun  dalam infogafik ini hanya ada 5 ikon, iaitu masjid, anak kambing, orang rukuk, tapak kaki kambing dan pedang, tetap memakan masa yang agak lama. Sebahagian daripada ikon datang dari Freepick secara percuma dengan syarat meletakkan pautan ke web tersebut. Sayangnya, saya perlu mengubahnya sedikit supaya sesuai dengan infografik ini. Pengubahsuaian inilah yang menelan masa. Seandainya ada koleksi grafik, tinggalkan komen beritahu saya, barulah kerja lebih senang.

Seperti yang saya katakan di atas, saya menggunakan kira-kira 5-6 jam sehari untuk menghasilkan infografik ini. Oleh itu, saya ingin menghentikan phase setiap hari kepada setiap 2-3 hari. Sebab saya juga ingin menggunakan masa saya untuk membuat perkara lain juga. Selepas hari ini, artikel siri ini akan dimasukkan selepas 2-3 hari. Semoga Allah membantu saya.

Sebahagian grafik datang dari Freepik

Infografik ini, tidak di lesen. Pembaca berhak berbuat sesuka hati pembaca dan saya tidak akan bertanggungjawab.

Sila tinggalkan komen dibawah, sekiranya pembaca menjumpai sebarang kesilapan dalam infografik ini. Hantarkan orang ke blog saya juga seandainya pembaca meletakkan infografik ini di laman-laman lain. Tapi bukanlah keperluan, sekadar permintaan.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea