Sifat Solat Nabi 09 - Iktidal

Nak perkembangan terbaru tentang fajarhac dan projek 11 startup 11 bulan (#11s11b) dengan segera? Sila follow saya di Twitter @fajarhac.

Alhamdulillah infografik kesembilan siap. Dah masuk bulan 2.

infografik iktidal berdiri dari rukuk

Pada suatu hari, lama dahulu, saya tertarik dengan sunnah dan hadis. Saya rasa indahnya perkataan ustaz itu, bila dia berkata, yang berbunyi kurang lebih, “setiap perbuatan kita dalam solat, kita boleh jawab dalilnya dengan hadis”. Lalu saya pun membeli buku yang dikatakannya. Saya tidak faham bahasa Arab, jadi saya membeli buku terjemahan, terbitan Al-Hidayah Publications, buku yang bernama Solat Bersama Nabi S.A.W tulisan Muhammad Nasiruddin al-Albani. Mula-mula hendak membelinya, saya agak keliru, sebab setahu saya tajuk asal buku ialah Sifat Solat Nabi, pada masa yang sama, ada buku lain dengan nama yang sama tetapi penulis yang berbeza. Mujur saya ingat nama penulisnya, jadi saya tidak salah membeli buku. Walaupun sudah membaca buku, kadang-kadang saya masih terlupa dan tidak khusyuk solat. Saya perlu mencari jalan lain. Sebagaimana moto blog, ‘memberitahu supaya aku lebih tahu’, saya mengambil tindakan untuk memberitahu orang isi buku ini. Dengan sedikit kemahiran grafik yang ada dalam diri ini, saya mengubah bentuk tulisan dari buku ke dalam bentuk grafik. Semoga infografik ini, boleh memudahkan saya untuk mengimbas balik, bila perlu. Semoga pembaca juga, mendapat kebaikan dari infografik ini. Semoga kita menjadi orang yang berjaya. Iaitu orang yang mewarisi Syurga Firdaus dan kekal di dalamnya.

Perkara yang dibincangkan dalam infografik

Sekali pandang mungkin pembaca perasan dalam infografik kali ini, saya masukkan bacaan. Sedangkan pada artikel yang lepas saya kata, tidak akan memasukkan bacaan. Bacaan ini hanyalah sebahagian dari bacaan yang kita selalu amalkan. Dalam buku asal, masih ada berbagai-bagai bacaan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pastinya, setiap bacaan ada hikmahnya tersendiri. Jadi jangan cukup dengan ilmu yang ada, teruskanlah membaca dan belajar.

Seperti mengangkat bertakbir untuk rukuk, bangkit dari rukuk juga perlu mengangkat tangan dengan bacaan ‘samiallahuliman hamidah’. Ada hadis untuk mengangkat tangan. Adakah hadis untuk tidak mengangkat tangan? Nak tahu, baca buku asal. Di dalamnya, penulis Imam Muhammad Nasiruddin al-Albani menyatakan pendapatnya. Saya tidak menerangkan disini, kerana tulisannya dalam buku iti tidak cukup untuk membuatkan saya faham sehingga boleh menerangkan pada orang lain.

Sekejap, mencelah : Dalam buku terjemahan ini, dikatakan ‘sebagaimana yang dikatakan sebelum ini’. Perkara yang saya faham dari ayat ini ialah, imam mengatakan mengangkat tangan semasa iktidal adalah sama sebagaimana mengangkat tangan semasa rukuk. Tetapi, saya tidak berapa jelas sekiranya hadis mengangkat tangan untuk rukuk sama dengan hadis mengangkat tangan pada iktidal. Dalam buku menggabungkan rukuk dan iktidal dalam satu tajuk, menyebabkan saya tidak berapa jelas. Walaubagaimanapun, hadis tentang mengangkat yang saya masukkan dalam infografik di atas difokuskan dalam tajuk kecil iktidal. Oleh sebab itu, mengangkat tangan semasa iktidal adalah sunnah. Cuma saya ada satu hadis sahaja dan penulis buku tidak menjelaskan fokus kepada iktidal semata-mata, menyebabkan saya agak keliru. Mungkin tulisan dalam bahasa Arabnya lebih jelas. Sayangnya saya tidak tahu berbahasa Arab. Kepada pembaca yang boleh menerangkan dengan lebih jelas, sila tinggalkan komen, atau emel saya._

Seterusnya ialah suruhan untuk berdiri dengan tegak dan tuma’ninah. Jika orang pernah solat laju atau pernah melihat orang solat laju, mereka akan tahu, bagaimana orang melanggar perintah ini. Tidak sempurna berdiri terus sujud. Sedangkan hadis jelas mengatakan berdiri tegak sehingga setiap tulang kembali pada tempatnya. Dalam fizik diajar perkataan inersia atau Hukum Newton pertama, iaitu setiap benda yang pegun atau bergerak akan mengekalkan keadaan sebelumnya sehingga diberikan daya lain keatasnya. Jadi selepas bangun dari rukuk, kita hendaklah berhenti seketika, untuk menghentikan tulang-tulang yang masih mengalami inersia (yang masih bergerak). Namun, jangan ambil hukum fizik ini, ambillah kata Rasulullah supaya berdiri lurus.

Sekiranya pembaca membaca buku asal, saudara akan mendapati hadis tentang Rasulullah berdiri dengan lama sampai para sahabat ingat Rasulullah s.a.w. terlupa. Saya tidak masukkan dalam infografik ini, kerana saya keliru tentang rujukannya. Semuanya mungkin kerana kelemahan terjemahan atau kelemahan pemahaman saya. Kan saya dah kata, baca buku asal. Inilah sebabnya.

Jangan lupa, dapatkan buku asal dan baca. Infografik ini hanya ringkasan untuk memudahkan rujukan balik dan hafalan sahaja.

Perkara yang saya belajar dari segi grafik

  1. Saya ingin gunakan latar belakang yang berpola (pattern background). Saya pernah belajar membuat pattern seperti kayu dan kertas, menggunakan gambar asal dan kelutsinaran(opacity) pada layer. Tetapi kali ini saya nak mencuba Filters, seperti yang saya katakan pada artikel yang lepas. Saya cuba semua yang terdapat di Filters > Render dari Clouds sampai Pattern dan tidak ada satu pun yang saya rasa menarik. Jadi saya memilih sekadar untuk guna sahaja. dan Lava menjadi pilihan saya. Latar belakang berwarna hitam merah itu adalah hasil dari Filters > Render > Lava. Jujur saya katakan, penggunaannya di sini tidak berapa menarik.

  2. Menggunakan gradient dari warna ke transparent. Selama ini saya selalu gunakan gradient warna ke warna kemudian aktifkan layer mode.Tapi kali ini saya belajar gunakan gradient dari warna hitam ke transparent dan hasilnya ialah kotak merak gelap kelihatan berada di belakang. Saya gunakan sebagai bayang-bayang ke dalam (inset shadow).

  3. Saya menggunakan TV 24inch dari Haier sebagai monitor dan laptop Asus UX-31. Masalah monitor ialah tidak _Full HD_ membuatkan pembuatan grafik tidak kelihatan menarik. Selain itu, laptop yang mempunyai 4GB soldered RAM juga agak menyusahkan kerana selalu _freeze_ apabila saya membuka Google Chrome, Inkscape dan GIMP dalam satu masa. Ketiga-tiga perisian ini diperlukan semasa membuat infografik. Chrome untuk membuat rujukan dan mencari idea, Inkscape untuk membuat ikon dan GIMP membuat infografik. Sekiranya ada orang nak menaja sebuah pc kepada saya kan seronok. Saya nak intel i7 (Haswell), RAM 16GB, grafik kad ATI HD 7000 atau R9 (tak kaji lagi pasal R9 ni, macam popular) dan monitor 23 inci Full HD 3 bijik. Berangan. :-)

  4. Saya rasa infografik kali ini tak berapa menarik. Infografik dengan latar belakang pudar lagi mudah nak buat dan lagi senang nak jadi lawa.

Seperti biasa, Infografik ini, tidak di lesen dan pembaca berhak berbuat sesuka hati pembaca dan saya tidak akan bertanggungjawab.

Saya menulis kerana saya suka. Sekiranya pembaca pun suka, sebarkanlah juga kepada kawan-kawan suadara/i sekalian. Ada kesilapan dalam infografik ini? Tinggalkan komen, dan saya akan semak dan betulkan. Sudilah kiranya pembaca menghantarkan juga pembaca blog saudara seandainya pembaca meletakkan infografik ini di laman-laman lain. Sekadar permintaan.

⬅ Sifat Solat Nabi 08 - Rukuk BARU Sifat Solat Nabi 10 - Sujud ➡

Artikel Terkini

Follow saya di Twitter @fajarhac

comments powered by Disqus