Sifat Solat Nabi 10 - Sujud

Nak perkembangan terbaru tentang fajarhac dan projek 11 startup 11 bulan (#11s11b) dengan segera? Sila follow saya di Twitter @fajarhac.

Alhamdulillah infografik kesepuluh siap.

infografik sujud sifat solat nabi

Saya membuat keputusan untuk menghasilkan infografik sebagai ringkasan daripada pembacaan buku Solat Bersama Nabi S.A.W tulisan Muhammad Nasiruddin al-Albani terbitan Al-Hidayah Publications. Semoga infografik ini dapat membantu saya untuk mengimbas balik pembelajaran dari buku tersebut. Selain itu, saya juga berharap pembaca sekalian juga memperoleh sedikit sebanyak daripada infografik ini.

Perkara yang dibincangkan dalam infografik

Sujud merupakan waktu manusia paling dekat dengan Allah.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Paling dekat seorang hamba pada Tuhannya adalah ketika sujud. Oleh itu, perbanyakkanlah doa semasa sujud.”

[HR Muslim, Abu Uwanah dan Baihaqi]

Oleh itu saya mengajak kita semua, menyempurnakan sujud kita. Dalam infografik kali ini, saya menyatakan hadis-hadis yang dapat memperbaiki sujud ktia supaya menghampiri Rasulullah S.A.W. Hadis pertama yang saya masukkan ialah berkenaan sujud menjauhi sifat unta turun duduk. Alhamdulillah, kalau tidak kerana membuat infografik ini, pasti saya tidak mengetahui perselisihan pendapat dalam kalangan ulama. Ulama-ulama berbeza pendapat tentang sujud tidak menyerupai unta duduk ini. Antara perbincangannya ialah turun tangan dulu atau lutut dulu? Sebab itu, saya buat carian di Youtube untuk melihat cara unta duduk dan video ini menunjukkan cara untuk duduk.

Apabila saya lihat video ini, saya terkejut, sebab ini terbalik dengan hadis. Dalam video menunjukkan unta turun dengan dua kaki depan dulu. Bukankah hadis kata, jangan tiru unta, jadi kalau kita anggap kaki depan unta seumpama tangan, maka bermakna jangan turun tangan dulu. Tapi kenapa penulis buku membawa hadis ini dan berkata kena turun tangan dulu? Untuk saya membuat carian berkenaan hal ini. Setelah membaca beberapa artikel, saya dapati, banyak perbezaan pendapat tentang hal ini. Ada pendapat menganggap dua kaki depan unta itu sebagai tangan dan membawa hadis lain yang memberi maksud suruhan Rasulullah supaya turun dengan lutut terlebih dahulu kemudian baru tangan. Walaubagaimanapun, penulis buku, Imam al-Albani mendaifkan hadis itu (pasti beliau ada alasannya tersendiri), jadi mungkin sebab itu, imam mengatakan turun tangan dulu adalah sahih. Selain itu, pendapat yang mengatakan turun tangan dulu adalah juga membawa perbincangan bahawa, menganggap kaki depan unta adalah tangan tidak tepat sebab kaki unta adalah kaki dan bukan tangan, sama ada depan atau belakang. Tambahan pula setelah melihat cara kaki depan unta itu turun, dari lipatan dan sifatnya lebih menyerupai kaki manusia pada bahagian lutut. Saya cadangkan pembaca bertanya kepada ustaz-ustaz yang terdekat dan membuat pembacaan sendiri untuk pengetahuan lebih lanjut. Saya pula mengambil pendapat bahawa meletakkan tangan dahulu adalah sunnah kerana buat masa ini saya (setakat pembacaan saya) mendapati hadis mengatakan turun dengan lutut dahulu tidak sahih. Sekiranya, pembaca merupakan orang lebih banyak ilmu dalam hal ini, betulkan saya, tinggalkan komen supaya saya lebih mengetahui.

Seterusnya hadis mengenai 7 anggota sujud. Apabila sujud, kita hendaklah memastikan ketujuh-tujuh anggota ini, melekap pada tempat sujud. Tak boleh menahan rambut, atau menahan baju. Saya pernah melihat orang lelaki yang rambutnya panjang, jadi setiap kali sujud, untuk memastikan rambut tidak menghalang dahinya rapat ke tempat sujud maka digunakan tangannya. Masa tu saya tak tahu, tapi sekarang saya cakap, pakailah kopiah wahai sahabatku. Satu lagi dalam hal ini, hanya tapak tangan yang rapat dan siku diangkat. Hal ini termasuk orang perempuan. Malahan solat yang membezakan antara solat orang perempuan dan lelaki juga adalah salah. Saya rasa semua orang dah tahu bahawa, tidak ada beza cara solat wanita dengan cara solat lelaki.

Nabi s.a.w. bersabda,

” Solatlah sebagaimana kamu semua melihat aku solat “

[HR Bukhari, Muslim dan Ahmad]

Hadis terakhir pula berkenaan sujud dengan tuma’ninah. Berhenti sejenak. Berhenti dan sempurnakan sujud. Jangan loghat nak bangun. Bersabar. Bukankah sujud masa paling dekat dengan Allah. Jadi kenapa nak bangun dah? Sujudlah lama sikit. Kalau dalam kehidupan kita tak mencuri, kenapa kita tiba-tiba nak menjadi pencuri paling jahat?

Sekiranya pembaca membaca buku asal, saudara akan mendapati hadis tentang Rasulullah sujud dengan lama. Saya tidak masukkan dalam infografik ini, kerana saya keliru tentang rujukannya. Semuanya mungkin kerana kelemahan terjemahan atau kelemahan pemahaman saya. Kan saya dah kata, baca buku asal. Inilah sebabnya.

Jangan lupa, dapatkan buku asal dan baca. Infografik ini hanya ringkasan untuk memudahkan rujukan balik dan hafalan sahaja.

Perkara yang saya belajar dari segi grafik

  1. Material design atau paper design. Untuk android 5.0 atau Lolipop, _Google _memperkenalkan material design. Sekiranya pembaca berminat tentang material design, pembaca boleh baca di Google tentang material design. Ia bukannay pembacaan yang menyeronokkan jika pembaca tidak berminat. Secara ringkasnya, semua benda berada (tulisan dan gambar) hendaklah berada di atas kertas. Dan kertas ini mesti wujud dalam 3 dimensi iaitu mempunyai kedalaman. Saya membaca habis guidelines oleh Google kerana saya seorang pembangun aplikasi android. Aplikasi kuiz android (contoh kuiz jawi) saya dibina menghampiri material design.

  2. Bayang ke dalam (inset shadow). Pada artikel yang lepas saya menggunakan _gradient warna ke transparent _untuk menghasilkan efek keilhatan di belakang. Lihat unta pada bahagian atas infografik, kali ini, saya gunakan gaussian blur sama seperti meletakkan bayang pada kertas tapi dengan menterbalikkan pilihan (invert).

  3. nyaa … meow … miaw … :-)

Infografik ini, tidak di lesen dan pembaca berhak berbuat sesuka hati pembaca dan saya tidak akan bertanggungjawab.

Sila tinggalkan komen dibawah, sekiranya pembaca menjumpai sebarang kesilapan dalam infografik ini. Hantarkan orang ke blog saya juga seandainya pembaca meletakkan infografik ini di laman-laman lain. Tapi bukanlah keperluan, sekadar permintaan.

⬅ Sifat Solat Nabi 09 - Iktidal BARU Sifat Solat Nabi 11 - Duduk Di Antara Dua Sujud ➡

Artikel Terkini

Follow saya di Twitter @fajarhac

comments powered by Disqus