Koken untuk dijual

July 31, 2015

Dalam artikel yang lepas, saya menceritakan tentang menggunakan Koken sebagai laman fotografi. Jujur saya merasakan Koken sebuah perisian yang mempunyai masa depan walaupun bukan sumber terbuka. Tapi sayang, seribu impian, baru-baru ini koken mengumumkan untuk menjualnya di blog mereka.

Tidak adil untuk terus menghukum sesuatu yang dijual kepada orang lain akan gagal. Namun, ingat, Koken terhasil dari semangat pembinanya yang asal. Pada saya agak sukar untuk mencari orang lain yang bersungguh untuk menyempurnakan idea kita.

Walaupun Koken berada pada status ingin dijual, ia tidak bermakna Koken tidak akan berfungsi dengan baik. Ia akan kekal berfungsi dengan dengan baik sebagaimana hari ini. Cuma, apabila pembangunnya mengatakan ingin menjual, jelaslah yang mereka tidak ada lagi semangat atau modal yang sama seperti dulu.

Pada zaman perisian atau aplikasi yang tidak dikemaskini, akan mati kerana masih banyak alternatif lain yang telah pun ada atau yang akan muncul.

Saya pula akan terus menggunakan Koken sebagai laman fotografi saya di k.fajarhac.com sehinggalah alternatif yang lain datang.

Nasihat saya kepada pembaca sekalian, Koken sebuah perisian yang baik cuma tak cukup baik. Sempurna? Jauh sekali. Selain itu, selagi tidak melihat syarikat yang akan membelinya, masa depan Koken agak kabur. Lihatlah bagaimana CodeIgniter sebuah framework PHP yang paling popular dulu boleh mati perlahan-lahan. Oleh itu, eloklah ditinggalkan Koken.

Ku tutup.

Kemaskini 2016-03-29 21:00:41

Walaupun saya tak guna Koken dah, walaupun Koken dah dijual tapi semangatnya kekal. Koken v.022.1 10 kali lebih laju katanya pada artikel terbaru di blog mereka. Saya masih ingat pengalaman guna koken, sebuah website yang sangat-sangat seronok bila guna.

Kalau pembaca seorang jurugambar, saya cadang, gunalah Koken.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea