Pada suatu masa dahulu Kereta Kita Bahasa Kita

Nak perkembangan terbaru tentang fajarhac dan projek 11 startup 11 bulan (#11s11b) dengan segera? Sila follow saya di Twitter @fajarhac.

Dulu, pada awal-awal negara kita keluarkan kereta. Kita namakan kereta itu, dengan nama Saga, Wira, Satria, Putra, Perdana dan Waja. Apabila saya tulis nama-nama ini terasa kuat dan gagahnya kita.

Pada zaman itu, saya masih kecil. Tetapi semangat itu hadir.

Kemudian, lahirnya satu syarikat yang buat kereta kecil pula. Kereta kecil ini dinamakan Kancil, Rusa, Kembara, Kenari dan Kelisa. Terasa comelnya kereta-kereta ini bila disebut namanya.

Pada zaman itu, saya belum dewasa. Tetapi ada cinta saya rasa.

Sayangnya kini, saya rasa kita hilang sesuatu. Tidak hilang sepenuhnya. Hanya sedikit dan sedikit.

Sekarang masih namakannya dengan nama lama. Kita namakan Saga, Persona dan Perdana. Dalam masa yang sama kita namakan juga, Gen-2, Savvy, Exora, Preve, Iriz dan Inspira. Ya, Inspira. Inspira bukan bahasa kita.

Kereta kecil pula, kita namakan MyVi, Viva, Alza, Axia dan Bezza.

Sekadar nama sahaja. Takpelah, tak berdosa pun. Tak salah. Cuma pudar sikit api dalam dada. Hanya mengecil sedikit jantung yang menyimpan perasaan cinta.

⬅ Semak ejaan bahasa melayu di Sublime Text BARU Web yang Saya Suka Sebagai Pembangun Web (web developer) ➡

Artikel Terkini

Follow saya di Twitter @fajarhac

comments powered by Disqus