Semak ejaan bahasa melayu di Sublime Text

August 09, 2016

Akhir-akhir saya selalu menulis menggunakan Sublime Text. Terima kasih kepada pemproses blog statik seperti Hexo dan Hugo. Untuk blog ini saya guna Hexo. Jika pembaca berminat untuk berpindah ke Hexo, artikel perpindahan saya dari Wordpress ke Hexo bolehlah dijadikan rujukan.

sublime text malay language

Menulis guna Sublime Text menjadikan saya lebih fokus dan produktif. Terutamanya bila dalam mod Distraction Free, semuanya kelihatan sungguh bersih. Saya amat menggalakkan semua orang cuba ni. Tapi, Sublime Text harganya USD 70, jadi mungkin pembaca boleh cuba guna Atom Text Editor dulu.

Dalam rajin-rajin menulis, suatu hari, saya perasan yang banyak salah eja dalam artikel saya. Sebab sayangkan bahasa, saya pun cari jalan. Rupanya Sublime Text lagi hebat dari yang disangkakan. Sublime Text ada fungsi semak ejaan.

Cuma masalahnya tetapan lalai, hanya ada bahasa Inggeris sahaja. Jadi kita perlu tambahkan kamus (atau dalam Sublime Text, semuanya dinamakan package) untuk bahasa lain.

Setelah mencari-cari, saya terjumpa Dictionaries For Sublime. Masalah lagi, tiada bahasa Melayu.

Nasib baik ada tutorial nak tambahkan bahasa lain di repo tersebut. Saya pun ikutlah tutorial dalam repo itu. Saya pun tambah bahasa Melayu ke dalam repo tersebut. Saya dah hantar pull-request, tunggu diterima saja. Pull-request dah di terima (kemaskini 2016-08-29).

Dalam repo itu ada segala bahasa dan saya rasa tak perlu pun semua bahasa tu. Jadi saya pun buat satu repo khas untuk Bahasa Melayu di github sahaja.

Sesiapa yang guna Sublime Text untuk menulis artikel bahasa Melayu, eloklah pasang penyemak ejaan ini. Baru nampak kemas dan profesional apabila menulis tiada salah eja.

sublime text malay vs english spell check

:: terasa yang Hexo ni lambat lah pulak. Nak bertukar ke Hugo ke tak ni? :: ada terbaca kelambatan ini mungkin sebab tema maupassant

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea