Pindah ke fajarhac.com web penuh

Nak perkembangan terbaru tentang fajarhac dan projek 11 startup 11 bulan (#11s11b) dengan segera? Sila follow saya di Twitter @fajarhac.

Saya sekarang dalam proses memindahkan domain blog.fajarhac.com ke fajarhac.com. Jadi jika tuan-puan rasa pelik, link mana yang betul? Jawapannya fajarhac.com adalah web utama.

Saya akan redirectkan blog.fajarhac.com ke fajarhac.com/blog/ tak lama lagi. Sementara itu, saya nak test web baru tu.

Kenapa pulak ?

Saya sangat suka node.js. Sebab tu saya tulis balik Projek Web Nasihat saya ke ExpressJS. Saya suka web statik. Sebab tu saya pindah dari wordpress ke Hexo.

Kalau ikutkan logik, saya sepatutnya kekalkan guna Hexo sebab ada dua-dua komponen yang saya suka node.js dan web statik. Tapi, tak.

Saya bertukar guna Hugo. Sebab saya rasa Hugo ni lebih power dari Hexo. Banyak yang saya boleh buat. Pendokumenan (documentation) Hugo pun terasa sangat lengkap. Sistem susunan direktorinya lebih tersusun.

Pendek kata saya rasa sangat selesa dengan Hugo. Jadi, beberapa minggu ini, saya cuba membina satu tema (theme) Hugo, khas untuk web yang besar.

Apa kebaikannya ?

Apa yang lebih baik tidur atas katil yang selesa berbanding dengan tidur atas lantai simen? 😊 Ini cuma pilihan saya sebab saya selesa dengan Hugo.

Selain itu, saya juga pindah sebab saya rasa pelik pulak kalau guna subdomain saja. Sebelum ini, saya cadang nak buat fajarhac.com tu macam sebuah kad online yang lawa dan ada link saja. Tapi, saya rasa kurang conversion nya nanti. Mungkin saya perlu cuba, kemudian lakukan A/B testing. Baru nampak profesional. Tengoklah bila rajin nanti. Lagipun saya percaya guts saya.

Kebaikan lain, satu web utama lagi senang untuk saya kawal. Segalanya boleh diuruskan di sini sahaja. Ada projek baru nak cerita, tulis blog, kemudian buat onepage di sub-direktori projek.

Saya berpendapat, halaman seolah-olah landing page di fajarhac.com/projects/ boleh memudahkan orang untuk lihat hasil tangan saya.

Eh, panjang pulak. Tujuan asal beritahu pasal perpindahan ni je. Redirect akan dilakukan selepas web fajarhac.com dirasakan stabil.

Noktah.

⬅ Web yang Saya Suka Sebagai Pembangun Web (web developer) BARU Macam mana saya deploy fajarhac.com yang dijana dengan hugo secara automatik termasuk mengoptimumkan kualiti ➡

Artikel Terkini

Follow saya di Twitter @fajarhac

comments powered by Disqus