UsahaBumi - Web untuk Usahawan Bumiputera

February 10, 2017

UsahaBumi - web untuk usahawan bumiputera

Pada akhir Januari 2017, saya membuat keputusan untuk cabar diri saya buat 11 startup dalam masa 11 bulan [#11s11b][11s11b]. UsahaBumi merupakan salah satu daripada startup untuk cabaran ini.

Masalah usahawan-usawahan bumiputera dan peniaga Malaysia

Ramai orang mula berniaga, tapi untuk capai 30% ekonomi, masih jauh sangat kalau orang kita setakat berniaga kecil-kecilan. Kita perlu jadi pengeluar produk, bukan sekadar pengguna atau pedagang yg jual produk orang lain sahaja.

Antara masalah usahawan bumiputera ialah kurang promosi diri. Sebab kita masih tidak mahir guna teknologi atau tidak yakin membelanja duit yang banyak untuk promosi guna teknologi semasa.

Contoh yang paling jelas, ramai usahawan kita tidak ada tidak ada laman web pun. Sedangkan laman web rasmi syarikat merupakan tempat pertama orang mendapatkan maklumat tentang kita.

Ada pula yang ada web, tapi kualiti yang teruk. Seperti, reka halaman yang nampak ketinggalan zaman, web yang perlahan dan tidak sesuai untuk pengguna telefon pintar.

Ramai juga usahawan yang cuba mengikut perkembangan semasa melalui sosial media seperti facebook, twitter dan instagram. Usaha yang baik, tapi tak berfungsi jika guna sosial media tanpa belajar guna cara yang terbaik.

Awal-awal buka akaun sosial media, sangat aktif dan rajin. Tapi bila lama-lama mula perlahan sebab letih. Tahukah para usahawan ada perisian yang kita tetapkan masa dan kemaskini status di sosial media secara automatik? Ada banyak lagi, perisian-perisian yang boleh menyenangkan pengurusan sosial media, tapi tak ramai yang tahu. Ada yang tahu, tapi tak cuba kerana tak pandai.

Peniaga-peniaga yang tercari-cari pembekal, pengeluar dan pengedar produk untuk berniaga susah nak jumpa mereka, sebab usahawan-usahawab tidak pandai guna teknologi semasa. Usahawan bumiputera rugi dalam tak sedar sebab bakal pelanggan tak tahu tentang kewujudan mereka.

Penyelesaian supaya peniaga mudah untuk cari pembekal dan pembekal mudah dijumpai

Saya bukan ahli politik yang boleh masuk parlimen buat undang-undang baru. Saya bukan kontraktor bangunan yang mampu bina bangunan lebih besar lebih strategik supaya peniaga mudah dihubungi oleh pembekal. Saya bukan pakar motivasi yang pandai bercakap menaikkan semangat usahawan sekalian.

Saya seorang programmer. Ini penyelesaian dari saya.

Memperkenalkan UsahaBumi, sebuah laman khas untuk usahawan bumiputera.

Sesiapa sahaja boleh cari usahawan-usahawan bumiputera dengan mudah dan diyakini kualiti syarikat tersebut melalui UsahaBumi.

Tukar bentuk ayat. Kepada pembekal, pengeluar dan pengedar produk-produk tempatan, UsahaBumi boleh buat perniagaan anda lebih mudah dijumpai. Boleh meningkatkan pelanggan, lalu, meningkatkan pendapatan.

Macam mana web tu akan berfungsi

Agak susah nak diterangkan dalam bentuk ayat. Saya akan tunjukkan MVP web UsahaBumi selewat-lewatnya 28 Febuari 2017.

Secara ringkasnya, anda mendaftarkan syarikat di UsahaBumi. Kemudian sesiapa boleh guna fungsi carian di UsahaBumi untuk mencari pembekal.

Apa bezanya dengan Google? Google terlalu besar, susah nak jumpa apa yang betul-betul kita nak. Selain itu, dengan Google juga, kita tak dapat nak pastikan syarikat mana yang terbaik.

Saya programmer. Kekuatan saya apabila membina perisian, web dan app.

UsahaBumi akan membantu peniaga, penjual, bakal penjual

  • memudahkan mencari pembekal dengan maklumat syarikat yang jelas
  • mempastikan syarikat benar-benar wujud dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahih-syarikat
  • mencari usahawan yang dekat dengan peniaga untuk kurangkan kos
  • mendapatkan syarikat yang aktif dan profesional syarikat-aktif

Saya percaya banyak lagi yang boleh dibuat. Untuk itu, saya perlukan maklum balas dari peniaga, bakal peniaga sekalian.

Manakala, kepada usahawan-usahawan bumiputera sekalian, UsahaBumi akan

  • mudahkan syarikat anda untuk dijumpai oleh yang nak mencari
  • mendidik dan mengajar usahawan menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan perniagaan, pemasaran
  • memberi analisa berkenaan penampilan syarikat di internet
  • memberi statistik tentang orang yang mencari syarikat melalui UsahaBumi supaya usahawan tahu dekat mana nak fokus untuk membangunkan syarikat

Tapi, tapi, tapi, (terpengaruh dengan Phineas and Ferb)

Tapi, saya nak minta tolong anda semua beritahu saya apa yang saya boleh buat untuk tolong syarikat anda jadi lebih besar.

Hubungi saya melalui emel, twitter atau komen dibawah. Pembaca tak perlu login pun untuk komen, cuma pilih or sign up with Disqus, nanti dekat bawah akan ada checkbox I'd rather post as a guest, tak payah daftar.

Perancangan perjalanan projek

kemaskini dengan perancangan perjalanan projek yang baru. Yang lama hanya di potong sebagai peringatan bhw sy insan yang lemah

7 Febuari Bentang idea projek usahabumi. Artikel ini lah. Saya lambat, 10hb baru siap. Ini bab senang.
13 Febuari Mula bukakan untuk usahawan mendaftar syarikat mereka. Paling teruk pun, guna Google Form.
21 Febuari Siap MVP. Orang dah boleh mula guna Usahabumi untuk mencari pembekal, pengeluar, pengedar produk tempatan. Ini bab sederhana tapi saya suka.
21 ~ 28 Febuari Promosi. Tulis blog di usahabumi. Hubungi wartawan, blogger-blogger. Target twitter hastag. Ini bab paling sukar, harap-harap saya mampu
kemaskini 4 April
7 April Siapkan form di web UsahaBumi untuk orang mendaftar syarikat.
8 ~ 10 April Promosi. Blog UsahaBumi dah buat dan dah ada artikel dah. Cuma tinggal nak hubungi wartawan, blogger untuk promosi. Ini bab paling sukar. Saya paling lemah bab nak minta tolong orang walaupun saya tahu asking for help is strength not weakness
11 April Dengan harapan, 100 syarikat dah berdaftar, UsahaBumi dilancarkan. UsahaBumi boleh digunakan untuk mencari pembekal dan juga membenarkan orang untuk mendaftar syarikat mereka.

Kemaskini 2017-April-04

Perjalanan projek sebenar

Ada beberapa masalah muncul, membuatkan saya terpaksa berkampung di hospital seminggu lebih. Apabila programmer dah masuk ke dalam zon programming, jika di ganggu setakat 5 minit sekalipun, seseorang programmer perlukan 2-3 jam untuk masuk balik zon programming nya balik. Tu pun, klu dia berusaha untuk masuk fokus balik. Sebab tu, sy suka wat kerja awal-awal pagi.

Jadi, alasan saya, sebab jadual saya dikacau seminggu, jadi saya ambik masa sebulan untuk sambung balik projek ini. 😉

10 Februari Siap artikel ini.
20 Mac Pasang domain usahabumi.com dengan VPS baru linode *referral link
1 April UsahaBumi blog dan artikel pengenalan.

Nota 11s11b


  1. UsahaBumi secara automatik menyemak kewujudan syarikat di laman web SSM. Sekiranya syarikat tidak wujud, tamat tempoh atau ada keraguan, UsahaBumi akan meletakkan tanda sebagai syarikat yang tidak boleh dipercayai
  2. UsahaBumi secara automatik akan emel, sms pemilik syarikat pembekal setiap 2-6 bulan sekali. Syarikat yang tidak memberi maklum balas, ditandakan sebagai syarikat yang tidak bersungguh untuk berniaga

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea