Dah dekat nak abes uni baru aku sedar, hidup dan duit. Selama belajar, dapat scholar, duit mak ayah x mintak langsung. Jadi dalam x sedar rasa macam diri ini dah cukup berdikari.
Tapi bila nak abes belajar ni baru ku pikir, macam mana hidup ku lepas ni? Aku minat dalam programming tapi sejauh mana minat ni boleh bawa aku? Aku ada plan bermacam-macam nak buat itu, nak buat ini.
Bukan lah x buat, tapi xbanyak yang siap seperti yang aku sangkakan. Aku cuma nak buat apa yang aku suka. Tapi hakikat hidup, kalau buat sesuatu, tanpa pikir pasal duit, masa depan x ke mana.
Kenapa jadi macam ni? Ni kah dunia yang kita bina? Ya aku tahu duit itu penting, tapi hidup rasa tersekat sebab duit. X seronok langsung. Tapi bila aku pikir, main Game Age of Empire guna cheat duit unlimited, menjadikan aku rasa seronok menang tapi tak rasa mencabar sebab cabaran dikurangkan.
Apa kesimpulan aku? Aku x tahu apa kesimpulan nya. Adakah dunia yang ada kekangan duit dunia yang mencabar manusia untuk jihad (strive) ataupun dunia yang tak ada halangan duit lebih baik sebab manusia boleh fokus kepada apa yang nak dibuat tanpa pikir pasal duit.
Aku ada sesuatu yang aku nak buat, dan aku takut kalau x berjaya? Tapi kalau aku x buat, ku pasti xkan ku berjaya.
Untuk buat ini, aku perlukan masa. Jadi aku korbankan masa untuk mengejar cita-cita. Pada awal aku xpikir pun, kalau berjaya maka dapat duit, tapi dunia ini (rakan-rakan), menjadikan aku berfikir perkara yang nak dibuat mestilah menghasilkan duit. Aku x suka dunia ini.
Buat sesuatu cukuplah sekadar buat apa yang kita suka, dan kita nampak kita buat sesuatu yang berguna. Tapi, walaupun kita nampak, orang lain x nampak.
Aku masih xde kesimpulan. Sebagai muslim, matlamat kita adalah ibadah.
Ihsan itu ialah kamu beribadat seolah-olah kamu melihat Allah, sekiranya kamu tidak dapat, sesungguhnya Allah melihatmu [ Hadis 40 tulisan Imam An-Nawawi: No 2]
Jihad lah pada jalan Allah dan Allah akan membantu mu. Asal semua hukum (bukan fiqh) dalam kehidupan adalah harus selagi tidak dinyatakan haram nya.
Aku tanya lagi, apa kesimpulan ku?