Di suatu ketika, pada masa selepas matahari terbenam sebelum matahari terbit, aku melihat bulan, dikelilingi awan. Malam yang pada mata ku. Lalu hati ku ketika itu meronta-ronta, teramat lah ingin ku abadi kan pemandangan itu. Tanpa berlengah ku capai kamera terbaik yang ku ada saat itu, iaitu Samsung Galaxy S2, YA! hanya sebuah telefon pintar. Seperti yang diduga oleh pembaca yang bijak pandai kamera, yang dapat ku tangkap, hanya lah gambar hitam dengan titik kuning kecil di tengah-tengah (bulan).
Pasrah hati ku.
Aku berguling-guling, ku capai lagi S2 ku, tersangatlah ingin ku abadikan pemandangan tadi, lalu ku buka aplikasi Sketchbook Mobile Express (SBMX), maka ku lukis pemandangan itu secara digital. Kemudian ku post kan di artikel ini.
Setelah sekian lama, bertarung antara kehendak dan kemampuan, akhirnya ku berjaya membeli Canon Powershot S110. Sebuah kamera kompak.
Adakah saudara bertanya kenapa tidak DSLR? Sekiranya itu persoalannya, tidak berdolak-dalih kini ku menjawabnya, ku tidak berkenan sebuah kamera besar gedabak. Jadi ku membeli kamera kompak. Apakah kamera kompak mampu menangkap gambar malam? Nantikan episod akan datang.