Apabila dikatakan sumber terbuka, adakah saudara/i masih membayangkan linux atau perisian-perisian sahaja? Jika begitu, saudara perlu tahu perkakasan (hardware) sumber terbuka pun sudah lama di pasaran. Arduino merupakan perkakasan sumber terbuka yang mendapat populariti tinggi di kalangan hackers.
Arduino merupakan papan litar elektrik yang mempunyai unit pemprosesan (cpu) yang boleh di atur cara fungsinya. HackADay, Instructables -> arduino mengandungi banyak tutorial berkaitan arduino. Di sana saudara/i boleh belajar membina mesin yang LED menyala apabila ada orang mendekati mahupun membina sebuah robot.
Robot yang menjadi perhatian umum pada awal-awal kemunculan arduino. Ini merupakan sebuah kotak yang mematikan diri sendiri atau robot xde pekdah.
Hasil dari sumber terbuka arduino ini juga lahirnya Raspberry Pi. Raspberry Pi boleh dikatakan sebuah komputer kecil. Saiz sebesar tapak tangan. Namun kemampuannya bukan sebarang, boleh dijadikan sebuah komputer biasa (pasang raspian dan lain-lain linux distro yang ringan), tv teater (pasang xmbc atau raspmbc), web server dan banyak lagi. Forum di web Raspberry Pi boleh memberi sokongan kepada yang ingin tahu.
Arduino boleh didapati di lelong.com.my dengan harga kurang rm150. Berhati2 memilih arduino, terdapat banyak jenis papan arduino, jadi eloklah membuat pembacaan terlebih dahulu sebelum membeli. Raspberry Pi pula dengan harga kurang rm200 di laman web yang sama. Berbeza dengan arduino, Raspberry Pi cuma ada dua model saja, type A dan type B.
:: Saya sudah pun lama membeli arduino ni, sebab tertarik, tapi sampai hari ini, masih belum buat apa-apa lagi.
artikel yang juga disiarkan di sumbu.org