Dah guna github

August 08, 2013

Selama ini aku duk tangguh-tangguh nak belajar guna github. Asyik baca-baca kemudian faham, pastu rasa susah, jadi lain kali bila ada masa aku buat.

Walhal hari ni bila aku buat, mana ada susahnya? Tak susah pun, hanya ikut apa yang di tulis di laman web github cara-caranya, sudah boleh guna. Walau bagaimanapun bukan lah aku dah boleh guna semuanya. Cuma setakat masukkan code aku saja.

Aku muat naik SimpGraph ke github ku.

Apa tu SimpGraph? untuk artikel lain kali aku akan terang kan dan demo nya juga.

Akaun github ku ialah github.com/fakhrullah.

Ini pula SimpGraph repo. Mungkin masa akan datang akan ku tulis tutorial guna github.

Kemaskini 18/8/2016: Saya sekarang dah sangat guna github. Saya tulis nota rujukan tentang git dan github.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea