Saya tangguhkan untuk buat artikel lain sehingga saya siapkan artikel tutorial pasang Koken, sebuah CMS untuk fotografi. Tapi sayangnya, artikel ini masih setengah jalan. Jadi sepanjang bulan 4 saya tidak menulis artikel apa-apa pun. Bulan 4 hampir kebanyakan masa digunakan untuk pengaturcaraan. lepas baca balik, saya pun tak faham apa lah yang saya tulis ni?
Sebelum menulis perkara yang lari dari tajuk, saya ingin berkongsi grafik duit kertas Malaysia. Daripada grafik yang saya beri ini, pembaca boleh memuat turun dan mengubah untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif.
Contohnya, saya menghasilkan grafik duit RM50 yang bersusun-susun, kelihatan lebih baik dari sehelai saja.
Banyak lagi idea kreatif yang boleh dihasilkan dari grafik yang saya kongsi ini. Misalnya, duit tersusun seperti gunung (macam dalam filem Batman, bila Joker membakar duit yang duit yang bergunung tu), atau meletakkan gambar muka sendiri dan lain-lain yang saya pasti pembaca sekalian lebih kreatif.
Saya suka untuk memudahkan kerja kreatif pembaca sekalian dengan memberi koleksi grafik duit Malaysia ini secara percuma. Muat turun fail zip di bawah dan saudara akan mendapat 2 set lengkap grafik duit kertas Malaysia. Satu set saya tinggalkan kosong pada ruangan yang pada duit sebenar adanya gambar **Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad **iaitu YDP Agong pertama Malaysia.
Muatturun grafik ini dan saudara akan memperoleh 12 grafik seperti gambar di bawah.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengubah suai lebih mendalam dan inginkan vektor grafik duit kertas Malaysia ini, pembaca ada dua pilihan,
Emel saya di fakhrul [at] fajarhac [dot] com. Dengan bayaran RM10 saya akan emelkan grafik ini kepada saudaraDaftar di forum CakapCakap.com dan pm saya, atau dekat forum di sebut chat. Dari situ saya akan berikan vektor grafik secara percuma
Sekian, artikel untuk hari ini. Ada banyak lagi saya nak cakap misalnya pasal CakapCakap.com. Walau bagaimanapun itu untuk artikel akan datang.
Update tahun 2020: Source file dah hilang ghaib ntah kemana.
Update tahun 2020 jugak: Dah jumpa, alhamdulillah
Update tahun 2020 lagi: Ada minta fail asal di Twitter. So, senang cerita, saya upload ke Github