Ku mula kenal atur cara bila ku sudah dewasa, hampir tamat remaja. Ku sikit-sikit menggali ilmu, ku sedar ku mula suka. Ku berada di menara gading, belajar nya ku rasa kurang bermakna. Ku diajar, namun di akhirnya, ku hanya menghafal, pola soalan dan jawabnya. Ku mendapat berjaya dan mendapat kecewa, namun cukuplah sekadar biasa-biasa. Ku dalam biasa menambah ilmu dalam atur cara. Ku mencapai masa, ku rasa ku berada di tahapnya. Ku mencapai masa, ku rasa segala idea ku mampu laksana. Ku menutup perenggan memperkenal siapa idea.
Idea datang bertubi-tubi, Aku ingin buat itu dan ini, Sedang aku berusaha membina seni, Datang lagi idea yang terkini, Yang lebih baik dari sebelum-sebelum ini, Yang sempurna mengikut aliran masa kini, Yang perlu aku ikuti, Sekiranya aku ingin berada di tempat tinggi,
Lalu ku perlahankan binaan dahulu, Untuk mengejar idea yang serba baru, Dalam tak sedar yang lama pun membatu, Tidak lagi lalu di hadapan ku, Menyiapkan yang baru sibuknya aku, Seronoknya mengharap masa depan terang dek lampu, Walhal aku ditipu dek si baru, Namun aku terus begitu, Hanyut dan layu.
Hinggalah suatu hari, Datang lagi idea yang terkini dan kini, Yang jauh lebih baik dari sebelum-sebelum ini, Yang lebih sempurna mengikut aliran masa kini, Yang teramat perlu aku ikuti, Seandainya aku ingin terbang tinggi, Mulalah aku melangkah kaki, Idea baru menghentikan yang sebelum ini, Berputarlah aku pada kitaran tiga perenggan.