KAD (kad akuan diri)

July 27, 2013

Saya memang pembaca laman web sumbu.org dari dulu lagi. Saya melihat banyak yang sumbu.org buat, asal dari jomlinux berubah ke sumbu.org dgn pendaftaran sebagai kelab sumber terbuka Malaysia.

Kad Sumbu aplikasi android

Namun akhir-akhir ini, secara tepatnya, sudah 3 bulan, dari tarikh penulisan ini, sumbu.org tak ada artikel baru.

Apa yang terjadi? Oleh sebab itu saya cuba ke sumbu.org dan cuba lah ingin post sesuatu, supaya tak nampak macam sumbu.org sudah mati. Tapi sistem nya macam dah lain,jadi tak tahu nak login dekat mana.

Dalam pada itu saya ternampak butang ke facebook. Ya di facebook macam aktif lah jugak, tapi aktif facebook cuma ayat beberapa kerat, saya mendambakan artikel untuk dibaca, bukan perkataan pendek semata-mata.

Berbalik kepada artikel yang saya ingin letakkan di sumbu.org tapi tak berjaya sebab kesulitan tertentu saya ke facebook menyatakan bertanya kenapa sumbu.org tidak ada artikel akhir-akhir ini, dan saya juga mengatakan saya menghasilkan satu aplikasi ringkas untuk sumbu.org.

Balasan yang saya dapat ialah, nasihat supaya saya membuat app secara bersungguh dan meletakkan ke github sebagai sumber terbuka secara serius. Terima kasih atas nasihat itu, tapi untuk buat semua itu bukan mudah, ada banyak peringkat, kena belajar,macam mana nak guna github, kena tulis/ kemaskan kod. Jujur saya katakan, saya cuma ingin mengelakkan kepada orang-orang yang baru menjumpai sumbu.org tak nampak seperti ianya telah mati. Untuk tujuan mudah itu, saya di nasihatkan bersusah payah. Mungkin sumbu.org agak sibuk dengan aktiviti kelab sehingga tak dapat mengemaskini laman web mereka dengan artikel terbaru.

Habis di sini komen saya. Gambar di atas merupakan aplikasi android yang saya hasilkan untuk Sumbu.org, walau bagaimanapun untuk menjadikan ia tepat pada diri masing-masing iaitu menukar gambar profil dan nama, saudara mestilah membuka kod, dan mengubah

  1. string -> name kepada nama sendiri
  2. drawable-hdpi folder, salin dan tampal gambar sendiri. Gambar mestilah dengan nama photo.png.

Download source code.

kemaskini 09/2016:
Web sumbu.org masih tidak aktif. Tetapi, Facebook Sumbu nampak sangat aktif. Saya tak suka Facebook, jadi saya tak join.
Pengetahuan saya sekarang dah sangat banyak. Saya boleh buat satu halaman tetapan di aplikasi ini supaya orang boleh masukkan nama dan gambar sendiri dengan mudah.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea