Kalendar Linux 2015 - untuk Malaysia

Terima kasih kepada streamyx 38kbs. Sebab kelembapan anda menyiapkan update laravel saya, maka saya telah siap menyunting satu kalendar linux Indonesia untuk orang Malaysia. Syabas Telekom Malaysia. 😉

OK sebelum itu, saya ingin menjelaskan terlebih dahulu, bahawa saya cuma mengubahsuai kalendar yang diperoleh daripada blog desainnew.com pada artikel Download desain kalender linux 2015.

Setelah memuatturun fail zip, dalamnya ada fail teks tentang cara guna yang membenarkan saya mengubahsuainya asalkan saya tidak membuang kaki bentang iaitu logo desainnew.com. Jadi tanpa membuangnya, saya tambah dekat bahagian bawah perkataan menyatakan saya cuma ubahsuai, taknak orang keliru.

Saya yakin Irfan Prastiyanto menghabiskan banyak masa untuk menyiapkannya. Jadi dia berhak mendapat kredit.

Saya hanya ubahsuai sikit saja. Jadi sekiranya pembaca rasa nak ubahsuai kaki kalendar (footer), silalah buang nama saya tapi jangan buang DN DESAINEW.

Apa yang saya buat?

  1. Tukar tajuk ke dalam Bahasa Malaysia iaitu kalender kepada kalendar
  2. Tukar nama bulan dan nama hari kepada bahasa Malaysia
  3. Ubah cuti yang sedia ada mengikut kalendar malaysia
  4. Tambah kaki menerangkan saya cuma ubahsuai
  5. Kompreskan fail untuk dimuatturun orang ramai.

Dah masuk bulan Mac, baru nak buat kalendar, tak tahulah ada orang nak ke tak. Apa-apa pun sila lah.

kalendar linux 2015 Malaysia

Muatturun fail zip yang mengandungi gambar saiz besor :-)

Muaturun. (kemaskini masa PKP (MCO) sbb Covid-19 Hilang source file. Ntah macam mana, dari dulu lagi broken link. Xsangka pulak)

p/s: sejak akhir-akhir ini, minat pulak design-design ni.