Kenapa Mereka Tidak Bersetuju Dengan AI (kepintaran buatan)

December 11, 2014

Selepas Elon Musk mengatakan kebimbangannya tentang kemajuan kepintaran buatan (AI = artificial intelligence) dalam temuramah di Vanity Fair, kini Stephen Hawking pula yang mengatakan kebimbangannya.

"The development of full artificial intelligence (AI) could spell the end of the human race," Hawking told the BBC.

Kalau saudara/i tengok filem Transcendence, pasti semua orang takut. Apabila orang yang dah mati dihidupkan semula mindanya. Satu AI yang betul-betul menyerupai orang asal. Benarkah orang itu dihidupkan atau ianya sekadar robot, yang mengambil segala data tentang orang asal dan menghasilkan tindakan seolah-olah orang asal. Kalau melihat kepada filem ini, banyak benda yang masih mustahil agaknya. Tapi dalam dunia sekarang mustahil cuma faktor masa.

Dengan pembangunan terhadap AI yang agak bersungguh di akhir-akhir ini, hampir segalanya mungkin. Jadi apakah tindakan yang perlu kita lakukan? Takut dan berhenti berjalan, atau berjalan dengan berhati-hati?

Cuma, yang saya risau ialah, mungkin ada sesuatu yang Elon Musk dan Stephen Hawking tahu, yang kita tidak tahu. Mereka orang terkenal dan punya pengaruh. Mungkin ada pengetahuan yang disorokkan daripada umum. Mungkin sesuatu yang mereka tahu, benar-benar sesuatu menakutkan tentang AI? Selagi mereka atau tiada orang memberitahu pembangunan (progress) AI yang merisaukan ke pihak umum, selagi itu, kita akan terus tertanya-tanya apa tindakan sepatutnya.

Takut tak? Pada pendapat saya, selagi mana kita boleh maju, mendalami adalah tidak salah. Jangan takut untuk maju, tapi berwaspada. Dan kalau mat salleh - mat salleh berkata tentang ilmu yang melampaui tuhan. Itu cuma kerana mereka orang yang buta (bodoh).

Mereka, sama ada orang yang tidak beragama atau tidak kenal tuhan sepenuhnya. Allah Maha Esa, Allah Maha Kuasa, Allah Maha Mengetahui. Ilmu manusia cuma setitik dari air laut. Semakin kita menambah ilmu, cuma sebahagian daripada satu titik itu. Sekiranya mereka takut mendapat kuasa tuhan, itu hanyalah kerana pengetahuan mereka tentang tuhan terlalu cetek.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea