Di hari yang dingin ini, ada kata yang ingin ku kongsi, tidak lah penting tidak teramat bererti, hanya sekadar luahan hati, dengan sedikit ilmu di sanubari. Mula ku tubuh blog bukan untuk mencari publisiti, ringkasan "mencapab" budak2 SBP beri, sungguh mencapab tiada niat dihati, sekurang2nya pada mula-mula ku tulis isi. Sampaikan ilmu bukan juga niat tertinggi, sekadar menulis supaya ilmu lekat kat diri sendiri, itulah tujuan utama buat aku berpuisi.
Namun semakin umur bertambah, semakin ingin ku naik ke pentas. Bagaimana untuk blog berada di atas, ku tulis di google mencari jalan pintas. Begini begitu banyaknya cara yang pasti perlu tenaga cheetah. Dalam melayari blog-blog fuiyo memang kemas, ku jumpa satu budaya wordless wednesday ntah apa-apa ntah. Bayangkan banyak blog yang artikel tajuk seiras, di otak ku seribu mungkin seratus saja tanda soal melintas. Sebagai generasi internet seperti ubi ketika jepun memerintah, ku cari erti "wordless wednesday" ini apakah? Qada dan qadar menemukan ku pengertian jelas, oh rupanya satu budaya bloggers, iaitu hari letak gambar tanpa ayat mahupun seutas.
Ku faham keinginan untuk menyerap budaya baru, bahkan berkembang nya melayu dengan penyerapan budaya sepanyol, british, arab, perancis dan lain-lain yang ku tak tahu. Tapi ingatkah kita bila kalendar Islam ingin dimula tahun, saidina Umar menolak cadangan guna tarikh Rasulullah lahir kerana tidak ingin sama dengan kristian itu, dijauhkan persamaan maka lahirlah tahun Hijrah yang hari ini tergantung di dinding rumah ku. Oleh itu, kenapa perlu kita tiru? Elok lah kita bezakan diri kita dengan mereka kerana kita ada tuhan yang hanya satu. Ku contoh kan satu hadis setiap minggu, tengok ku cadang ayat bukan gambar beku, dan bukan hari rabu, pilihlah hari-hari lain contohnya sabtu.
Sekian saja kata-kata ku. Insan kerdil bermata dua bukan satu, tidak ingin sama dengan dajal penghasut ramai kaum ibu.