Kuis android

January 07, 2014

Pada tarikh ini saya mengeluarkan dua aplikasi kuiz untuk android. Walau bagaimanapun aplikasi ini bukanlah menggunakan JAVA tetapi javascript, atau lebih jelas kalau saya sebut aplikasi ini adalah web app. Ini bermakna ianya adalah sebuah website yang di aplikasikan.

Kuis : Biologi dan Kuis : Simpulan Bahasa

Namun untuk memastikan ianya app yg boleh diakses tanpa internet, saya mengoptimumkannya dengan html5 appcache, iaitu menyimpan data app ke dalam phone membolehkan app ini boleh digunakan walaupun tiada sambungan internet. Internet cuma diperlukan untuk bukaan pertama kali sahaja.

Apa yang aku taip ni? Rasa macam kekok je taipan ku. Ayat tak tersusun, susah nak faham. Apa dah jadi dengan bahasa Melayu ku ni?

Aku boleh buat banyak lagi kuiz dengan kod yang sama, tapi aku perlukan orang untuk buat kerja boring bagi aku, iaitu isi data. Sesiapa yang nak, jom lah bekerjasama.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea