Idea ini dah lama saya pendamkan. Hasil dari tengok anime Baka Testo to Shoukanju. Dalam anime ini, ada sebuah sekolah menggunakan sistem shoukanju, iaitu setiap pelajar ada virtual avatar yang boleh digunakan untuk berlawan di sekolah itu. Kuasa untuk avatar masing-masing adalah berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. Kalau sesiapa yang minat tengok anime, tengoklah anime ni, jenis komedi, tak boring.
Itu cerita anime, ini cerita aku. Hasil dari terpengaruh dengan anime ini, aku buat sistem IAK. Tapi sebab aku tak ada sekolah sendiri, aku buat sistem saja. Aku cuma ambil idea setakat dapatkan markah dari belajar dan boleh gunakan untuk berlawan.
Sistem IAK ini, aku jadikan aplikasi-aplikasi kuiz aku sebelum ini sebagai peralatan untuk jana iak (iak ialah nama bagi kuasa yang terhasil). Kemudian, iak-iak yang diperoleh boleh digunakan sebagai sumber kuasa untuk permainan-permainan yang mendukung sistem IAK. Setelah mengambil masa sebulan lebih, aku pun berjaya lah hasilkan game PIP ( Permainan Iak yang Pertama ).
Itulah ceritanya, Sistem IAK.
Akan datang aku masukkan video promosi/ pengenalan sistem IAK. Sekarang tengah buat video tu. Makan masa jugak video ini. Penat-penat.