Saya baru menyiapkan design baru untuk kuis-kuis android. Saya masih selesa dengan menggunakan JavaScript, jadi app ini masih lagi menggunakan JavaScript, html, css. Namun beza nya kali ini, saya memasukkan semua file ke dalam asset, menjadikan fail/ kuis boleh digunakan tanpa talian sepenuhnya.
Mungkin sedikit kepada para pembaca, namun bagi saya ini adalah langkah terbesar dalam pembinaan app. Sebab app yang sentiasa memerlukan internet memberi pandangan bahawa app ini tak berapa menarik. Walhal dari segi pengaturcaraan, dengan adanya teknologi HTML5 offline cache, biarpun app menggunakan internet, app boleh dibawa tanpa talian sepenuhnya kecuali jika ada kemaskini. Tapi pandangan orang, termasuk saya, kadang apabila dinamakan appp memerlukan talian internet, seolah-olah app tidak dapat berfungsi langsung tanpa internet.
Saya secara jujurnya lebih suka app yang memerlukan internet yang dihoskan di server sendiri, sebab kemaskini yang dilakukan boleh berlaku secara langsung kepada pengguna. Apatah lagi app kuis ini jenis app yang bergantung pada isi. Tidak lah seronok mengkompil apk yang baru, kemudian pergi ke google developer konsol masukkan app, isi itu ini, hanya semata-mata kemaskini data sahaja. Tidaklah juga seronok apabila app tidak dipandang hanya kerana tertulis perkataan memerlukan talian internet pada penerangan app. Akhirnya yang menang biarlah aku bersusah sikit untuk mendapat pengguna yang lebih sikit.
Antara kuis app yang dah siap ;
- Kuis : Biologi
- Kuis : Sejarah
- Kuis : Simpulan Bahasa -> masih belum kemaskini design baru kerana saya sedang cuba untuk menambah lagi beberapa soalan sebelum kemaskini di muat naik.
Saya masih ada beberapa rancangan misalnya mengemaskan kuis.js supaya boleh menerima jawapan jenis subjektif. Jangka masa panjang ini, sebab sekarang sedang belajar libgdx.
Sekian.