Mengatasi composer update yang sungguh slow

March 17, 2015

Seperti yang saya katakan dalam artikel-artiekl sebelum ini, saya menggunakan internet yang sungguh perlahan, iaitu internet promosi Telekom Malaysia streamyx 38kps. Ini sungguh slow.

Menjalankan composer update sungguh memakan masa.

Kalau pembaca membuat carian di internet, terdapat banyak orang mengutarakan masalah composer perlahan.

Bagi saya internet yang perlahan menyebabkan sayay tak pasti sama ada proses update berjalan atau tidak.

Cara untuk mengatasinya yang terbaik ialah, mendapatkan internet laju.

Ini agak sukar untuk saya, jadi daripada menjalankan composer update yang tidak menunjukkan apa yang sedang terjadi disebalik tabir, kita jalankan,

composer install −−prefer−dist −vvv −−profile

atau

composer update −−prefer−dist −vvv −−profile

Dengan ini, baru lah kita dapat melihat sama ada proses berjalan atau terhenti. Semoga membantu semua orang.

Tapi saya tak benci internet perlahan, sebab saya sungguh mudah hilang fokus bila internet laju. Kadang kala saya akan mendapat internet laju, dan pada masa itu, Youtube rancangan Crash Course mencuri berjam-jam masa saya. Sebuah rancangan yang akan menambah ilmu, jadi tak mengapa kata hati, lalu tertipu dan kerja yang sepatutnya siap, tak terbuat.

Lagipun saya tak perlukan sangat internet yang laju. Semua proses pembangunan (development) setakat hari ini berlaku tanpa talian dan muatnaik akan dilakukan selepas itu. Muatnaik fail-fail ini tak menjadi masalah sedikit pun pada internet perlahan sebab saiz fail tak lah besar.

Sekian untuk hari ini.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea