Menjadikan blog/web popular, mungkin?

cita-cita photo s110

Ku akhir2 ini mencari dan membaca untuk menghasilkan blog/web yang yang berjaya. Antara sebab ku mencari adalah untuk web debatREMAJA, sebuah web forum ilham dari web jambatan laut china selatan. Ku ingin menjadikan dR seberjaya yang mungkin.

Artikel kali ini, bukan untuk mempromosi dR, bukan masa nya lagi.

Dalam mencari ilmu untuk menjadikan web untuk berjaya ku mendapati, beberapa perkara yang perlu dititik beratkan. Lalu terasa lah hati ingin memajukan blog ini juga. Ku pada awal pembuatan blog, amat pemalu orangnya, malu untuk ku menyebar kata, bersorak kedunia, blog ini blog ku punya. Tujuan hanyalah ingin bercerita, biar ku yang tua, teringat bagaimana ku yang muda berusaha. Tinggalkan cerita tentang ku, kali ini ku ingin menggerakkan jari menyusun kata perihal blog untuk mungkin berjaya. Ku letakkan kata mungkin kerana ini cuma dari pengamatan dan pembacaan manusia kerdil sperti diriku. Bukan lah kajian mendalam ku lakukan.

1. Isi2.

2. Kepantasan.

3. unik.

4. Gambar.

Perkataan yang diatur, cumalah pendapat manusia baru bertutur, punya cita2 ingin dicapai, di awan ingin ku bersantai.