Menjadikan blog/web popular, mungkin?

September 20, 2013

Ku akhir2 ini mencari dan membaca untuk menghasilkan blog/web yang yang berjaya. Antara sebab ku mencari adalah untuk web debatREMAJA, sebuah web forum ilham dari web jambatan laut china selatan. Ku ingin menjadikan dR seberjaya yang mungkin.

Artikel kali ini, bukan untuk mempromosi dR, bukan masa nya lagi.

Dalam mencari ilmu untuk menjadikan web untuk berjaya ku mendapati, beberapa perkara yang perlu dititik beratkan. Lalu terasa lah hati ingin memajukan blog ini juga. Ku pada awal pembuatan blog, amat pemalu orangnya, malu untuk ku menyebar kata, bersorak kedunia, blog ini blog ku punya. Tujuan hanyalah ingin bercerita, biar ku yang tua, teringat bagaimana ku yang muda berusaha. Tinggalkan cerita tentang ku, kali ini ku ingin menggerakkan jari menyusun kata perihal blog untuk mungkin berjaya. Ku letakkan kata mungkin kerana ini cuma dari pengamatan dan pembacaan manusia kerdil sperti diriku. Bukan lah kajian mendalam ku lakukan.

1. Isi2.

  • pada pendapat ku, tidak mampu sebuah blog itu untuk berjaya tanpa isi yang banyak. Dan semestinya berkualiti. Namun artikel berkualiti jika pad permulaan sedikit sahaja, apalah erti untuk terus membaca blog itu dimasa kan datang. Bagi permulaan artikel yang banyak, adalah satu penarik orang ramai untuk melawati. Akan ku cuba capai 100 kisah, sebelum 2013 dengannya ku berpisah.

2. Kepantasan.

  • Ku membaca kajian yang mendapati pengguna internet masa kini tidak akan tunggu sebuah web untuk loading lebih dari 10 saat. Oleh itu, design web yang mnjadikan web pantas juga satu kepentingan. Selain itu, kebanyakan pengguna hari ini adalah pengguna mobile/tablet, dengan itu, desain, untuk kesesuaian alatan pengguna pun perlu dititikberatkan.

3. unik.

  • Dalam pembacaan ku, ada yang menyatakan, gaya penulisan juga bukanlah bawahan dalam menarik prmbaca.Hal yang demikian, ku mula dari hati mencuba gaya tulis sebegini. Ku masih gagap untuk menulis dengan gaya sebegini, tapi ku merasakan penulisan ini merdu pada telinga ku.

4. Gambar.

  • Ku teliti dan ku jejaki, blog2 yang sudah dikenali, ku lihati dan ku menjadi pasti. Banyak gambar di dalam blog2 mereka. Ada yang mempromosi muka indah di web mereka, geli pun ada bila muka xkemana2, namun setiap orang ada cara mereka, tak patutlah aku menilai kerana mereka orang yang berjaya. Sebab ini, ku mencipta kategori baru bernama gambar agar menjadi tarikan kedua.

Perkataan yang diatur, cumalah pendapat manusia baru bertutur, punya cita2 ingin dicapai, di awan ingin ku bersantai.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea