Nasihat sebuah web yang pamerkan ayat al-quran dan hadis yang berbeza setiap hari

August 26, 2015

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Daary radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Hak siapa (nasihat itu)?”. Beliau menjawab, “Nasihat itu adalah hak Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemerintah kaum muslimin dan rakyatnya (kaum muslimin)”. (HR. Muslim)

http://muslim.or.id/akhlaq-dan-nasehat/agama-adalah-nasihat-1.html

Sebab itu saya namakan web yang saya bina ini NASIHAT. Nasihat ialah sebuah web yang mempamerkan terjemahan ayat al-quran dan hadis sahih yang berlatarkan gambar yang menarik dan berbeza pada setiap hari.

nasihat web pra-lihat di PC

nasihat web pra lihat di skrin telefon

Kenapa saya buat web ini?

Idea untuk tercetus bila terbaca artikel http://loige.co/developing-a-web-application-with-lumen-and-mysql/. Blogger tersebut membina sebuah web memaparkan petikan-petikan motivasi atau dari orang-orang terkenal. Pada masa saya tefikir, sebagai orang Islam kenapa kita tak dahulukan perkataan Allah dan rasul, lepas tu baru lah ambil perkataan orang lain.

Sebab tu, saya rasa kepentingan menguatkan orang-orang kita supaya mengutamakan ayat-ayat Allah dan rasulullah. Lalu saya tulis idea ni di forum percubaan saya, CakapCakap.com.

Lama dahulu, saya pernah mengajak orang untuk berkerjasama menghasilkan sebuah web iklan (classified) menggunakan Laravel. Tujuannya, ialah untuk belajar bekerja dalam kumpualan sambil beajar menggunakan git.

Tapi idea itu tertangguh mungkin sebab kurangnya minat atau mungkin terlalu sukar. Saya nyatakan idea ni di forum WangCyber. Malahan idea ini, tak mendapat sambutan, sebab silap saya kerana tidak berapa bersosial dan tidak dikenali orang kot.

Jadi saya batalkan idea tu dan gantikan dengan idea web Nasihat ini. Sebenarnya, plan ini tertangguh jugak. Selepas 3 bulan menjadi idea yang berkarat, akhirnya, saya membuat keputusan untuk berjuang. Alhamdulillah, akhirnya, berjaya juga disiapkan walaupun keseorangan.

Ya, yang ini pun, saya berharap dapat bekerjasama untuk menghasilkan Nasihat ini dengan cara yang saya mengajak orang di WangCyber pada thread Jom berpakat buat web guna Laravel 5 dan sumber terbukakan di github.

Kenapa saya buat dari kosong, kenapa tak guna saja kod dari web Luciano Mammino tu saja?

Macam yang saya katakan tadi, idea ini tertangguh, saya pernah baca artikel itu sekali. Selepas sekian lama, saya tak ingat lagi apa isi artikel tu kecuali ideanya sahaja.

Jadi, sebagai _programmer, _saya susun idea saya sendiri untuk buat web ini, kemudian buat. Ini juga merupakan cabaran kepada saya untuk menghasilkan sesuatu yang betul-betul menjadi. Seperti yang dapat dilihat, banyak karya-karya saya yang kelihatan separuh jalan di blog ini.

NASIHAT merupakan web yang boleh dikatakan sempurna, sebab untuk mengemaskini, memasukkan data baru, semuanya tersedia, dengan akses di web sahaja. Saya boleh tambah petikan baru di link nasihat.cakapcakap.com/quote/create dan saya boleh tambah latar belakang baru di link nasihat.cakapcakap.com/background/create.

Saya sebenarnya berbangga untuk mengatakan web Nasihat ini, produk saya yang berjaya. Laravel 5 adalah antara faktor yang menyebabkan kejayaan ini. Terima kasih Laravel, Taylor Otwell dan Laravel komuniti.

Apa perancangan masa depan web Nasihat ini, adakah akan ditinggalkan sebab dah sempurna?

Ditinggalkan? Tak mungkin. Saya belajar di Jepun dan saya akan mengamalkan perkara paling penting yang saya belajar di sana. Sesuatu yang rakyat dan pemimpin Malaysia juga perlu belajar. Iaitu penyelenggaraan adalah lebih penting dari pembinaan.

Baru-baru ini saya dengar berita tentang stadium kolam renang yang sudah tidak dapat digunakan selepas setahun pembinaannya sebab tidak diselenggara. Pembinaan makan duit berpuluh juta, habis setahun dah tak boleh guna. Membazir sungguh. Budaya nak buat baru je, taknak jaga sedia ada, bukan budaya yang baik, dan saya tak berminat untuk menirunya.

Eh, meleret ke masalah negara pulak. Balik kepada soalan. Pada masa artikel ini ditulis, web Nasihat mengandungi petikan sehingga 31hb Ogos ini manakala gambar sehingga 10 September. Bermakna, sebelum tarikh-tarikh ini tiba, saya kena tambah lagi isi-isi baru.

Untuk gambar latar belakang, saya sebenarnya, membuka untuk sesiapa saja, menghantarkan gambar mereka. Selepas itu, saya akan teliti, sekirannya gambar yang dihantar menarik dan lawa, saya akan jadikannya sebagai latar belakang untuk petika pada tarikh-tarikh tertentu. Ada gambar nak hantar? Hantar gambar sekarang, amat dihargai.

Selain itu, web Nasihat ini adalah sumber terbuka dibawah lesen MIT. Kod nya saya muatnaikkan ke github di bawah projek nasihat. Sesiapa saja boleh _pull request _fungsi atau perkara-perkara yang nak ditambah.

Sumber terbuka?

Ya. Saya ada akaun github atas nama fakhrullah. Sesape yang ada github, jom lah buat connection.

Penutup

Saya pernah menonton video Zakir Naik. Apabila dia ditanyakan, bagaimana dia boleh mempunyai minda yang sungguh baik untuk menghafal ayat-ayat bukan saja dari kitab al-quran tetapi juga bible yang pelbagai versi, kitab hindu dan buddha, dia menjawab, apabila kita berusaha untuk menegakkan jalan Allah pasti Allah akan membantu kita.

Mungkin inilah faktor utama kejayaan menghasilkan web Nasihat ini. Jika pembaca berminat, saya sebenarnya, mencatat perjalanan jatuh dan naik semangat untuk menghasilkan web ini di forum CakapCakap.com.

Sekiranya pembaca adalah juru gambar, sudikanlah diri menghantar 2-3 ratus keping gambar untuk web nasihat ini. Saya memang tak pandai sangat nak ambil gambar lawa-lawa ni.

Sekian, semoga web Nasihat dapat menjadikan kita lebih baik dengan mendapatkan nasihat setiap hari. Sebab agama itu nasihat.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea