Akhir-akhir ini saya mula berminat dan mencari-cari tentang keselamatan atau sekuriti terhadap penggunaan telefon pintar (iphone, galaxy S2 dll ). Saya akan menulis tentang keselamatan tentang penggunaan telefon pintar dalam artikel yang lain insyaAllah. Kali ini saya ingin bercerita tentang Google dan Facebook. Sebelum saya meneruskan, dukacita dimaklumkan saya juga pengguna kepada google dan facebook servis. Saya guna gmail, goole +, google docs (drive) dll.
Mereka (google dan facebook) tidak mengenakan cas kepada penggunanya. Saya pengguna facebook sejak 2007, pengguna tegar google sejak 2009 dan saya tidak pernah membayar satu sen pun. Kawan-kawan saya juga mengguna goole dan facebook lebih banyak dari saya dan mereka tidak pernah mengomel kata habis duit sebab kemaskini facebook setiap hari. Di sini saya tidak ingin mengomen pasal orang yang ber'facebook' tiap minit mengatakan dimana mereka, sedang makan apa dan perkara-perkara yang apabila saya membaca ingin saya laung di telinganya, 'aku tak kisah apa kau buat!'. Pokoknya disini, Google dan facebook memberi servis mereka percuma. Adakah servis-servis ini percuma? Kalau benar percuma, bagaimana mereka boleh menjadi syarikat yang kaya? Berdasarkan money cnn google mendapat keuntungan(profit) hampir 10ribu juta dalam tahun itu saja. Cuba fikir secara lojik, bagaimana memberi orang sesuatu secara percuma tapi menjadi begitu kaya? Fikirkan sejenak. Berhenti membaca dan cuba guna enjin carian google dan cari bagaimana google mendapat duit? Bagaimana Mark Zuckerberg boleh menjadi jutawan muda (kedua termuda mengikut forbes)? Pernahkah saudara bayar keada Facebook. Saya tidak pernah.
Jadi, bagaimana mereka (Google dan Facebook) mendapat duit? Saudara boleh lakukan carian sendiri untuk maklumat yang lebih jelas. Di sini saya akan menyatakan secara ringkas. Google dan Facebook mendapat keuntungan daripada iklan. Lebih ramai orang menggunakan google lebih ramai yang melihat iklan google. Jika saudara, biarlah google nak iklan pun, apalah sangat. Kita tak rugi pun. Jangan saudara/i sekalian. Cerita belum tamat, servis yahoo pun juga menggunakan iklan, tetapi google boleh mengalahkan yahoo. Apakah yang ada disebalik google ni? Algorithm! Apa itu algorithm? Cari sendiri. Tapi secara ringkas, google mengambil data-data tentang kita penggunanya. Misalnya google mengumpul segala perkataan, frasa yang kita taip di enjin carian mereka. Berdasarkan google term service yang tak pernah pengguna biasa baca, Google mengumpul sejarah carian selama 18 bulan. Tujuan google untuk menjadikan enjin cariannya lebih baik. Walaubagaimanapun, kita tidak tahu berapa ramai yang berminat tentang data ini dan benarkah google tidak membongkar mahupun menjual kepada pihak-pihak lain. Katakan suatu hari, FBI,CIA, dsbnya datang kepada google dan meminta maklumat-maklumat ini diserahkan, apakah google tidak akan memberinya? Perkara yang lebih penting, mampukah google mempertahan maklumat ini daripada pihak kerajaan? Secara jujur, sekiranya saya bos google sekalipun, apabila diminta maklumat untuk keselamatan negara, memberi maklumat kepada pihak berkuasa adalah yang terbaik.
Setakat hari ini, ada beberapa khabar-khabar angin mengatakan google,facebook menyerahkan maklumat kepada kerajaan US ( cari apa itu PRISM ). Namun begitu, kita Islam diajar untuk menyelidik segala berita yang datang. Katakan kita buang khabar angin ini, adakah pada masa akan datang google,facebook dll akan terus menjaga maklumat tanpa menyerahkan kepada pihak-pihak lain? Mengumpul maklumat sebegini menjadi teknoloji yang paling diminati dan berharaga akhir-akhir ini. Kerajaan German dikatakan memasukkan trojan (sejenis perisian jahat) kedalam pc rakyat untuk merisik perlakuan rakyatnya, Iran pula dikatakan mengawal dan membaca semua keluar masuk data internet rakyatnya (lihat video Mikko Hypponen, Ketua Keselamatan syarikat anti-virus F-Secure).
Tak rasa bahaya kah? Oleh itu, apa yang boleh kita buat. Saya sendiri tidak ingin meninggalkan google sebab google menjadi seperti elektrik dalam kehidupan. Tanpanya boleh lagi hidup, tapi adanya selesa hidup. Sama seperti saya saudara/i pun mungkin amat memerlukan google dan facebook ini. Saya mencadangkan alternatif kepada kepada google. Negara China menuduh kerajaan US menggunakan google untuk mengumpul dan merisik rakyat China. Menyebabkan google tidak dibenarkan di China. Walaubagaimanapun, China menyediakan alternatif mereka iaitu Baidu. Katakan Baidu pun tidak boleh dipercayai dalam menyimpan data, fikirkan sebgai rakyat China siapakah yang lebih boleh dipercayai negara sendiri atau negara luar? Kerajaan ataupun rakyat malaysia sendiri perlu mencipta alternatif kepada google dan facebook ini. Selain itu, ketidak bergantungang kepada google juga merupakan satu cara yang baik. Misalnya sekiranya kita pengguna gmail, mungkin lebih baik kita menggunakan dropbox daripada google drive, menggunakan microsoft office 365 daripada google docs. Membuang kebergantungan kepada satu syarikat semata-mata.