Saya Nak Buat Sesuatu

January 07, 2015

Saya tak menulis bukan kerana tiada idea. Tapi saya tak menulis kerana saya tidak berusaha. Ini bahaya. Kerana hanya mereka yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsa yang berjaya. Perasan tak? Sajak Tun Mahathir tu.

Apa yang saya nak buat? Yang pasti saya nak buat sesuatu. Jadi lepas fikir-fikir, saya pun buat keputusan untuk buat infografik berdasarkan buku Solat Bersama Nabi S.A.W. oleh Muhammad Nasiruddin Al-Albani keluaran Al-Hidayah Publication(atau terjemahan buku Sifat Solat Nabi).

Kenapa saya nak buat infografik ini?

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (zakat). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian maka merekalah orang yang melampaui batas/ Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.

[Surah Al-Mukminun, ayat 1-11]

Sebab betapa pentingnya solat. Setidak-tidaknya setelah membaca buku ini, saya rasakan fokus saya kepada solat lebih baik. Sebab setiap perbuatan saya tahu kenapa dan cara yang betul. Semoga infografik yang akan dibuat nanti boleh membantu saudara/i.

Bagaimana saya nak buat infografik ini?

  1. Saya akan gunakan GIMP, kerana GIMP adalah GIMP.
  2. Saya cuma akan masukkan tajuk iaitu perbuatan dalam solat dan disertakan ayat al-quran dan hadis sebagai bukti (dalil) kepada perbuatan yang dinyatakan.
  3. Infografik ini akan dipisahkan kepada banyak bahagian. Dan setiap baahagian dengan tema reka bentuk, warna yang berbeza.
  4. Infografik ini hanya ringkasan semata, segala penerangan hendaklah dirujuk kepada buku asal Solat Bersama Nabi S.A.W.

Saja buat pengumuman awal, walau tangan belum berjalan, biar diri sedar ada benda, biar orang tahu, aku bukan sekadar penutur kata, aku orang yang ada cinta dan cita.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea