Selamat Tinggal 2025 dan Selamat Datang 2026
2025 telah tamat. Selamat datang 2026.
Setelah 5 tahun tak kemaskini blog, hari ni saya tulis artikel baru.
Kenapa tak de update?
Mungkin pembaca tak perasan, tapi saya baru tukar teknologi web / blog ni. Sebelum ni saya guna Gatsby, sekarang saya dah migrate guna Astro.
Masa awal-awal guna Gatsby saya suka GraphQL. Tapi, sebab lama tinggal, rasanya macam kompleks pula. Tambahan, build time untuk Gatsby untuk website ini agak slow. Saya tak rajin nak fully debug.
Jadi, alang-alang saya migrate ke Astro terus.
Selain itu, 2020 adalah tahun Covid. Saya berhenti kerja tahun 2020. Hidup agak mencabar. Sumber kewangan adalah simpanan, duit kerajaan bagi masa covid dan KWSP yang boleh dikeluarkan. Hampir semua tabung dikorek.
Alhamdulillah hidup cukup dan jiwa tenteram walaupun tak seenak masa ada gaji.
Alhamdulillah.
Lepas tu, saya usaha cari kerja dan Allah bagi rezeki kerja di MNC. Kestabilan dan gaji lebih pun ada masalah dia.
SELESA
Sebab selesa, jadi saya kerja pun cukup, tak pro-aktif dan tak buat perkara luar kerja bersungguh-sungguh. Benda luar kerja, buat lebih kurang. Tak nampak hasil. Dan ini kesilapan besar.
Lepas tu, ada rezeki dapat projek untuk government. Semestinya sub-sub-con. Ada projek buat web untuk sistem kerajaan berkaitan dengan Kementerian Pendidikan. Saya memang suka, sebab saya sangka bolehlah cari connection untuk saya cari ruang bagi projek KUBUS saya.
Kebetulan, bila projek ini dah dapat, kontrak dengan MNC dibatalkan. Team asal saya mula bekerja di MNC semua dah berhenti sebab dapat tawaran luar. Saya sangka pengurusan akan tukarkan tempat cari team lain. Pengurusan pun berterabur dekat MNC ni.
Tak de kerja yang stabil dah sekarang.
Tapi, sekurang-kurangnya tak putus pendapatan. Cuma, lari sikit dari harapan. Harapan nak dapat 2 pendapatan.
Panjang lah pula alasan.
Kesimpulan, tak de update, sebab terlalu stress xde duit dan terlalu selesa ada duit.
Yang berlalu telah pun berlalu. Harapan 2026
Projek dengan KPM dah habis. Sekarang saya konfius sama ada nak cari kerja atau teruskan cari projek. Selama ini, saya bukan cari projek pun.
Kebetulan orang bagi projek.
Jadi, diri sendiri tak yakin dapat cari projek atau tak.
Cuma, akhir 2025, saya siapkan app TekaKata. Dalam app ni saya letak pengiklanan.
Dengan download lebih 1,000, pendapatan dari Google Admob untuk app ni ialah kurang lebih USD 0.30 sebulan. Google Admob revenue cuma boleh dikeluarkan bila cecah USD 100. Dengan pola semasa, selepas 28 tahun baru boleh dapat pulangan.
Dari segi matematik semasa, memang tak padan buat app ni. Sama dengan kebanyakan indie game developer, kita dengar cerita orang yang berjaya yang buat kita pun nak buat game juga. Sebenarnya, cerita orang yang tak berjaya lebih banyak, cuma kita tak dengar je.
Namun,
Harapan.
Keinginan.
Saya teringin nak buat sesuatu yang orang guna. Ini hati semua inventor.
Saya berharap app ini dan aplikasi-aplikasi atau permainan-permainan yang lain mencapai kejayaan.
Ini rancangan 2026
-
Usahakan TekaKata sehingga cecah 100,000. Dah download belum? Minta tolong download. Terima kasih.
-
Membina permainan CariKata. Kalau TekaKata ialah wordle, CariKata ialah cari perkataan dengan hubungkan huruf. Saya teringin nak guna Godot. CariKata sebagai tapak percubaan guna Godot.
-
Kamus Masyarakat. Saya dah lama teringin nak bina sebuah kamus mencabar PRPM. Benda yang paling penting ialah isi. Content is King . Jadi, saya tangguh sebab susah nak dapat konten.
TekaKata adalah langkah awal untuk membina pengkalan data.
Sekurang-kurangnya 3 benda ini saya cadang nak capai untuk 2026.
Harapan utama ialah saya sendiri berjaya siapkan dengan baik.
Harapan kedua, pembaca semua download dan suka aplikasi permainan ini.
Penutup
Tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
Kita merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya, Allah Maha perancang.
2025 dan awal 2026 banyak masalah politik dunia dan dalam negara yang berlaku. Ramai orang mula pasrah.
Perkembangan AI yang terlalu laju, mengacau kebiasaan lama.
Daripada kita tengok benda-benda yang buat kita kecewa. Lebih baik kita usaha, ke arah perkara yang kita boleh buat.
Nasihat untuk diri sendiri dan kepada semua orang yang timbul tenggelam negatif dalam diri.