Alhamdulillah infografik kedua siap.
Saya membuat keputusan untuk menghasilkan infografik sebagai ringkasan daripada pembacaan buku Solat Bersama Nabi S.A.W tulisan Muhammad Nasiruddin al-Albani terbitan Al-Hidayah Publications. Semoga infografik ini dapat membantu saya untuk mengimbas balik pembelajaran dari buku tersebut. Selain itu, saya juga berharap pembaca sekalian juga memperoleh sedikit sebanyak daripada infografik ini.
Infografik kali ini ialah berkenaan solat dalam keadaan berdiri. Di sini pembaca dapat mengetahui tuntutan solat berdiri melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 238-239 dan melalui hadis-hadis Rasulullah. Walaupun solat duduk dibenarkan untuk orang yang sakit, namun kita dituntut untuk berdiri selagi mampu.
Rasulullah bersabda,
Sesungguhnya pahala orang yang solat dengan duduk adalah setengah dari pahala orang yang solat berdiri.
[ Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih ]
Seperti biasa, infografik ini hanyalah ringkasan. Saya cuma memetik hadis dan ayat al-quran sebagai taklimat pantas sekiranya saya ingin mencari dalil di sebalik perbuatan di dalam solat. Oleh itu, untuk pemahaman yang lebih baik, **baca **buku asal. YA, saya suka ulang ini, baca buku asal.
Perkara yang saya belajar dari segi grafik
Jika dibandingkan dengan grafik sebelum ini, saya rasa yang ini lebih menarik. Banyak saya belajar untuk menjadikan grafik lebih menarik. Antaranya :
-
Gradient. Cuma tambah satu warna yang pudar dari warna yang ingin digunakan, dan buat gradient. Grafik akan berubah menjadi lebih menarik. Ini lah hebatnya mata ciptaan Allah, hanya perubahan warna sedikit saja, mata kita boleh kesan. Mungkin kerana dalam dunia sebenarpun kita tidak akan melihat satu warna yang tidak berubah, kerana pencahayaan.
-
Bayang-bayang. Meletakkan bayang-bayang kepada grafik sungguh mudah. Hanya buat salinan untuk imej sedia ada, tukar ke warna hitam, alihkan sedikit posisinya , puff, terhasillah bayang-bayang. Saya buat bayang-bayang, tapi pembaca tidak akan perasan bayang-bayang tersebut, apa yang membuat menarik pada mata pembaca sekalian ialah grafik yang kelihatan timbul.
-
Dalam grafik benda yang sekecil pun boleh menghasilkan efek yang sungguh berbeza. Saya merupakan orang yang melukis dengan buruk, tapi alhamdulillah dengan adanya pc, kemampuan saya semakin meluas. Saya suka komputer.
Ikon orang datang dari Freepik
Infografik ini, tidak di lesen. Pembaca berhak berbuat sesuka hati pembaca dan saya tidak akan bertanggungjawab.
Sekiranya pembaca menjumpai sebarang kesilapan dalam infografik ini, sila tinggalkan komen dibawah.