Sifat Solat Nabi 07 1/2 - Berehat dan Muhasabah

Saya namakan artikel ini 1/2 iaitu separuh sebab tiada infografik. Dalam artikel kali ini saya cuma ingin mengimbas balik kenapa saya buat, apa yang saya nak dari siri ini dan bagaimana saya nak teruskan dengan lebih baik.

Saya rasa pembaca sekalian pun sedar akan kualiti infografik dalam siri ini yang semakin menurun. Perkara ini tidak baik. Ya saya tahu lebih baik ada daripada tiada. Tetapi saya dah lama menggunakan GIMP, kalau saya masih menghasilkan produk _nak tak nak, _sampai bila saya nak maju. Bagi mengembalikan kualiti, saya dedikasikan artikel ini untuk fikir balik tujuan saya buat ini semua. Selain itu saya juga membuat pembacaan idea-idea menghasilkan infografik yang menarik.

**Kenapa saya beli dan baca buku Solat Bersama Nabi S.A.W ? **

Dalam artikel yang lepas dalam siri yang sama telah berkali-kali saya nyatakan.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (zakat). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian maka merekalah orang yang melampaui batas/ Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.

[Surah Al-Mukminun, ayat 1-11] Ayat ini menunjukkan orang yang berjaya ialah orang yang khusyuk dalam solatnya. Saya ingin berjaya, jadi saya memulakan langkah mencari jalan untuk khusyuk dalam solat. Antara langkah yang diambil ialah belajar tentang solat cara Rasulullah s.a.w. yang sahih serta mengetahui setiap perbuatan dalam solat berserta dengan dalil yang jelas. InsyaAllah ini usaha pertama untuk berjaya.

Kenapa saya buat siri infografik ini ?

Semasa sedang solat apabila saya meletakkan tangan diperut, saya ubah dan angkat tangan saya ke dada. Pada masa itu saya tidak mengubah kedudukan tangan kerana 'ustaz kata' tetapi kerana Rasulullah s.a.w. berbuat begini dan begitu dalam hadis-hadis yang jelas. (Lihat sifat solat nabi 05 - kedudukan tangan semasa berdiri). Saya selalu terlupa dalil-dalil ini, tetapi dengan adanya infografik yang saya buat ini, lebih mudah untuk saya buat rujukan berbanding membaca buku. Saya pernah baca buku, jadi setiap kali saya baca ringkasan dalam infografik ini saya tahu perbincangannya. Bagi pembaca sekalian yang belum membaca buku asalnya, bacalah buku asal.

Apakah standard saya tetapkan untuk infografik sebelum-sebelum ini ?

Setiap infografik saya dari 01 hinggan 07 dalam siri ini mesti mempunyai 800px lebar. Ini saja yang tetapkan. Panjang sebuah infografik bergantung pada isi yang akan saya masukkan dan saya tidak tetapkan. Walaubagaimanapun, satu infografik cuma dihasilkan dalam masa 4-5 jam, sekiranya terlalu panjang atau terlalu banyak isi, akan memakan lebih banyak masa saya, jadi setiap infografik tak lah panjang sangat. Tulisan dan warna pula ialah eksperimen pada setiap infografik. Pada setiap infografik saya belajar komposisi warna yang sesuai (guna adobe kuler untuk pilih color scheme) dan saya belajar guna kombinasi tulisan yang baik.

Selepas infografik sifat solat nabi 07 dimuatnaik sehingga malam sebelum artikel ini ditulis, saya tercari-cari,

Bagaimana cara untuk menghasilkan infografik yang menarik dan _standard ? _

Apa yang jumpa ialah, secara asasnya tiada standard untuk infografik. Namun kebanyakan infografik ialah mempunyai lebar 600px, kerana saiz ini diterima dengan baik oleh pinterest dan social network (Facebook, Google +) yang lain. Infografik yang menarik mempunyai banyak gambar daripada teks. Apabila disebut infografik, grafik adalah perkataan utama yang perlu difikirkan. Kebanyakan infografik menggunakan graf, carta pai dan menggunakan gambar mengganti data. Selain itu, infografik yang menarik juga menggunakan satu stail dan konsisten dengan stail yang dipilih. Contohnya jika gambar yang digunakan ialah gambar 3d, keseluruhan gambar dalam infografik tersebut hendaklah menggunakan gambar 3d. Tulisan yang digunakan pula tidak boleh berbagai-bagai, cuma gunakan 2 atau 3 jenis tulisan saja.

Di mana kesilapan infografik saya ?

Saya menggunakan lebar 800px sedangkan yang terbaik 600px. Infografik saya mempunyai teks yang berlambak berbanding dengan gambar. Malah infografik yang membuatkan saya paling kecewa ini (sifat solat nabi 07), tidak ada sebijik gambar pun. Namun saya rasa saya berpegang kemas kepada satu stail dan konsisten dengannya.

Kenapa infografik saya banyak teks ?

Saya mengutamakan hadis sebagai dalil yang mesti dimasukkan kedalam infografik dalam siri ini. Sebab itu saya terpaksa masukkan hadis sebagaimana hadisnya disebut. Saya tak boleh meringkaskan hadis kerana tujuan infografik adalah menunjukkan hadis. Nak tak nak infografik menjadi sebuah infografik yang banyak teks. Bagi membuatkan infografik ini lebih menarik saya mengambil maksud hadis dan menggunakan simbol menerangkan maksud hadis tanpa membuang hadis dari infografik. Contoh, pada infografik sifat solat nabi 03, saya gambarkan orang bersolat dengan menggunakan pedang sebagai sutrah di hadapannya, pada infografik sifat solat nabi 04 saya masukkan gambar orang sedang mengangkat tangan sambil melaungkan perkataan 'Allahu akbar' (takbir) dan pada infografik sifat solat nabi 05 saya tunjukkan gambar kedudukan-keudukan tangan dalam solat. Selain itu, saya juga masukkan ikon apabila perkataan itu disebut dalam hadis, misalnya pada infografik sifat solat nabi 06 saya masukkan gambar masjid hanya kerana ada hadis menyebutkan perkataan masjid.

Sehinggalah pada sifat solat nabi 07, tiada perkataan yang boleh saya gambarkan dalam bentuk grafik. Sebab isi dalam infografik ini ialah mengenai bacaan. Selain itu dalam infografik yang sama, hadis mengenai surah al-Fatihah terlalu panjang juga agak tidak sesuai untuk infografik yang mendambakan grafik. Jadi saya ubahkan perkataan sedikit ke dalam bentuk seperti jadual, tanpa mengubah maksud hadis saya yakin. Walaubagaimanapun saya rasa ini tidak baik untuk ilmu. Tetapi sebab saya juga nyatakan di bahagian bawah sila baca buku asal, insyaAllah perkara ini tidak salah.

Kesimpulannya ?

Sama ada infografik yang dihasilkan lawa atau buruk, saya mengambil masa berusaha melakukan yang terbaik. Seandainya lawa segalanya datang dari Allah, segala yang buruk kerana saya yang tak cukup belajar ilmu yang Allah kurniakan.

Semoga muhasabah ini dapat memberi saya kesedaran, semangat baru dan memberi pembaca penjelasan kepada kerja saya buat ini. Saya mempunyai otak sebijik yang kecil, sebab itu saya perlukan pembaca sekalian membantu saya berikan saya idea, tinggalkan komen supaya saraf-saraf otak saya boleh berhubung dari kata-kata yang pembaca berikan.

Jika pembaca belum, saya nasihatkan saudara men_subscribe _blog saya. Kenapa? Kerana saya akan teruskan membuat infografik ini selang 2-3 hari sekali. Sehingga sampai ke perbuatan memberi salam dalam solat.

Alhamdulillah saya dikurniakan idea untuk menulis artikel ini mencapai 1009 perkataan.