Alhamdulillah infografik ketujuh siap. Selepas sekilas melihat infografik di bawah pembaca mungkin ada banyak nak katakan. Begitu juga saya. Saya berikan alasan di akhir bahagian akhir artikel.
Saya membuat keputusan untuk menghasilkan infografik sebagai ringkasan daripada pembacaan buku Solat Bersama Nabi S.A.W tulisan Muhammad Nasiruddin al-Albani terbitan Al-Hidayah Publications. Semoga infografik ini dapat membantu saya untuk mengimbas balik pembelajaran dari buku tersebut. Selain itu, saya juga berharap pembaca sekalian juga memperoleh sedikit sebanyak daripada infografik ini.
Perkara yang dibincangkan dalam infografik
Hadis pertama menyatakan solat yang sempurna dimulakan dengan takbir, kemudian doa iftitah dan seterusnya bacaan al-fatihah. Dalam infografik ini saya cuma mengambil hadis-hadis yang sesuai untuk siri ini. Di dalam buku asal, penulisnya menulis banyak contoh bacaan doa iftitah berdasarkan hadis-hadis sahih. Kali ini, membaca buku asal adalah kemestian sebab terlalu banyak yang saya ringkaskan.
Semasa saya sekolah dulu, saya selalu juga mendengar imam solat membacakan surah al-Fatihah secara bersambung-sambung. Mula-mula saya mendengar ini saya rasa hebat, sedang solat saya sendiri tertarik, sebab bacaan tak seperti biasa. Tetapi kini kita tahu, bahawa rasulullah membaca ayat demi ayat. Rasulullah adalah contoh terbaik, marilah kita baca satu satu ayat. Tak perlulah disambung-sambung. Inilah sunnah. Saya juga meringkaskan perbincangan tentang bacaan al-Fatihah semasa solat berjemaah. Jadi tolonglah baca buku asal. Jika ada permintaan daripada pembaca agar saya ringkaskannya ke bacaan doa iftitah dan lain-lain ke dalam bentuk grafik, insyaAllah saya boleh lakukan, tapi mungkin ambil masa yang agak lama.
Memahami maksud surah yang dibaca juga boleh menambahkan khusyuk kita dalam solat. Sekurang-kurangnya saya berharap kita dapat memahami maksud ayat dalam al-Fatihah sebab al-Fatihah adalah rukun dalam solat. Sebagai tambahan, setiap kali kita membaca surah al-fatihah pada setiap ayat Allah akan menyahut.
Di akhirnya saya masukkan hadis kepada orang yang mencari Allah tapi tidak tahu hafal al-quran. Jangan lari, Allah sentiasa memberi kemudahan kepada hambanya. Bacalah zikir mudah itu. Jika pembaca ingin tahu bunyi bacaannya, emel saya, saya akan ada masa untuk mengajar. Ya, saya tak akan ambil sesen pun. Jangan malu-malu. Belajarlah!
Marilah kita mengamalkan hadis-hadis yang jelas ini supaya solat kita lebih sempurna. Infografik dan artikel ini hanyalah ringkasan, baca buku asal untuk penjelasannya. Saya nasihatkan pembaca sekalian baca buku asal.
Perkara yang saya belajar dari segi grafik
Ini bukan infografik. Ianya cuma teks yang ditambah sinaran dibelakangnya dan dihubungkan dengan garisan putus-putus sahaja. Ya, ini bukan infografik. Ini cuma artikel yang disusun dalam format yang berbeza. Atau nota budak sekolah. Saya hilang motivasi. Saya hilang idea. Saya menjadualkan melakukan siri ini 2 hari sekali. Saya usaha untuk mengikut jadual. Namun, sikit demi sedikit saya kehabisan minyak. Minyak idea dan minyak semangat. Saya nak minta tolong pembaca sekalian berikan saya idea dan kata semangat. Saya perlukannya.
Sekian untuk kali ini. Seperti biasa, Infografik yang bukan infografik ini, tidak di lesen dan pembaca berhak berbuat sesuka hati pembaca dan saya tidak akan bertanggungjawab. Malah saya tak letak sign nama blog saya pun sebab tarik trafik bukan tujuan infografik ini. Cuma saya masukkan bahagian bawahnya penerangan supaya orang yang lihat infografik ini tidak membuatkan mereka terkeliru.