Video pengenalan sistem IAK

August 31, 2014

Alhamdulillah, setelah 3 hari, maka siaplah video ini. Seperti tajuk, ini ialah video pengenalan tentang sistem IAK. Walaupun video cuma 1 minit setengah dan cuma teks yang bergerak, tapi ambik masa 3 hari untuk aku siapkan. Nak kata macam mana ntah. Antara aku buat malas-malas atau aku tak begitu mahir guna Blender sampai makan masa sebegini banyak.

Namun, aku tak rasa rugi, sebab dari penghasilan video ini, aku belajar banyak tentang cara guna Blender. Bermula dengan cara nak masukkan teks, cara meletakkan keyframes untuk animasi, sehingga lah cara menghasilkan video berserta dengan bunyi. Dalam pembelajaran ini, aku juga belajar mengenali perasaan kesian terhadap laptop ku. Bayangkan lah setiap kali render animasi ini, memerlukan kurang lebih 3 jam. Dalam masa itu, aku dengar laptopku, menjerit, "grrr grrrr... aku sedang berusaha. grrr... grrrrr... aku usaha lagi ini". Laptop ku baik hati berterusan bekerja keras selama 3 jam tak henti. Kesian laptop ku.

Aku sudah lama mengidam nak belajar Blender ini, walhal aku pernah cuba dulu. Membuat satu model dalam Blender, atau apa-apa pun perisian memakan masa yang panjang. Itu yang membuat aku tak berapa nak teruskan guna. Kalau ikutkan hati, aku nak buat banyak lagi dengan video pengenalan IAK ini. Asal idea ialah penerangan secara biasa, tetapi setelah buat dalam masa kurang lebih sehari, aku rasa perkataan yang aku keluarkan amat banyak. Sebab itu aku batalkan idea asal, tukar ke jenis puisi ini kerana perkataannya berpatutan. Malahan, kalau ikutkan hati lagi, video ini pun, aku ingin banyakkan lagi animasinya. Nasib aku tidak ikutkan hati. Kalau diikutkan hati, sampai bila pun takkan siap, mesti sentiasa ada yang tak cukup. Jadi aku terbitkan dulu video ini sebagai video pengenalan versi 1. Sekiranya aku nak buatkan pembaikan, atau buat video lain yang lebih menarik, aku cuma namakan sebagai versi 2. Senang hidup.

Kepada pembaca sekalian, seandainya saudara-saudari tidak berminat dengan sistem IAK sekalipun, saya berharap sepatah dua kata dari pembaca tentang puisi, suara, animasi dan lain-lain yang terdapat dalam video ini. Tanpa pandangan orang lain, saya tak nampak sangat. Bukan saya nampak baik saja, tapi saya tak nampak mana baik mana buruk. Secara jujurnya, salah saya rasa satu keburukan video ini, kurang warna.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea