Setelah menyertai komuniti sumbu.org baru saya tahu sebenarnya sudah ada web kamus yang hampir lengkap oleh Dewan Bahasa Pustaka (DBP). Web ini dari segi data semestinya terbaik, apatah lagi dibina oleh organisasi kerajaan. Dengan sumber kewangan yang mungkin agak besar. Namun sayangnya, web ini tidak tersebar luas. Mengapa jadi begini? Saya pun tak tahu kenapa.
Mungkin DBP yang tidak menguar-uarkannya. Mungkin kita termasuk saya tak berapa nak guna.
Atau mungkin antara muka yang tidak selesa. Dalam menghasilkan aplikasi/perisian terdapat banyak faktor yang menentukan kejayaannya. Apabila disebut reka bentuk (design), saudara mungkin membayangkan warna, ikon dan tulisan sahaja. Ini salah kerana reka bentuk juga termasuk dengan tempat letak butang (ehem...tempat letak kereta pun termasuk), apa yang terjadi selepas butang ditekan, bagaimana data disusun dan banyak lagi.
Akhir-akhir ini UX Designer (user experiance designer, pereka bentuk pengalaman pengguna, !seronok baca), menjadi kerjaya baru yang semakin mendapat perhatian dalam bidang perkomputeran. UX Designer memerhati cara manusia berinteraksi dengan komputer/telefon pintar dan memerah otak untuk menghasilkan aplikasi/perisian yang bukan saja indah pada mata tetapi juga selesa untuk diguna.
Sungguh sedih apabila data yang banyak kepunyaan DBP tidak dapat digunakan denga baik hanya kerana kekurangan bijak pandai pereka bentuk dan keterlewatan dalam bidang perkomputeran. Pada saya bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah untuk dipelajari kerana BM menggunakan abjad a-z yang semamangnya natif(native) untuk ascii (keuntungan BM guna huruf dari BI, abjad rumi) dan juga kerana mudah untuk dibaca dengan betul. Tidak seperti BI, bunyi setiap sukukata sama walau dimana-mana, selain daripada huruf e yang ade pepet dan taling.
Sekiranya DBP tidak mempunyai kemampuan, sumber kewangan atau lain-lain kekangan, melepaskan data adalah perbuatan terbaik yang boleh dilakukan oleh DBP. Dengan data yang bebas, komuniti pengatur cara Malaysia yang berlambak pasti akan membina sesuatu yang lebih baik. Misalnya Kamus Pro 2012 android(saya tidak ada kaitan dengan aplikasi ini mahupun pembinanya,hanya terjumpa ketika mencari-cari) ini merupakan aplikasi android yang boleh tahan cemerlangnya kecuali ketidakmampuan guna dibawah talian (offline). Kami penggemar pengaturcaraan dikekang oleh kekurangan data. Pembebasan data dari DBP pasti menggembirakan sesiapa banyak orang.
Cadangan untuk DBP,
- Gunakan ajax supaya muat turun dan kemaskini bahagian yang perlu sahaja, bukannya muatturun seluruh laman sesawang.
- Gunakan ajax untuk carian segera (live search). Iaitu carian secara automatik setiap kali satu huruf atau perkataan dalam kotak carian berubah tanpa perlu menekan butang ENTER.
- Bebaskan data untuk semua orang. Data itu telah digunakan DBP untuk menghasilkan Kamus DBP yang paling laris. Mungkin sudah cukup keuntungannya. Jika belum, bebaskan data lama. Data yang 2-3 tahun lepas mungkin.
- Penggemar pengatur cara tidak ada duit untuk beli data dari DBP. Pilih dan taja beberapa penggemar pengatur cara yang lebih terkedahulu dari pekerja pengatur cara DBP.
Tambahan yang tak berapa penting, saya sekarang sedang mencuba untuk menterjemahkan sumber terbuka Question2Answer ke dalam bahasa Melayu. Ini mungkin akan memakan masa sehingga bulan 5-6, sebab tiba-tiba saya dilanda oleh kesibukan yang membuat hidup tertekan sehingga bulan 4 ini.
Tambahan lagi, saya cuba menambah 0.1% keselesaan menggunakan http://prpm.dbp.gov.my/ dengan membina laman ini.
Apa keselesaan yang sayang tambah? Saya cuma rasa selesa bila nak cari sesuatu, saya tak perlu guna tetikus untuk menggerakkan ke ruang tulis cari perkataan. Sebab itu saya kata hanya 0.1%. dan ini lagi lambat dari penggunaan web asal, kecuali anda mempunyai internet selaju internet saya. Alangkah bahagianya sekiranya aku dapat data yang kamu ada wahai DBP.
Sekian.