Infografik sifat solat nabi
12 Okt 2016

Koleksi Infografik Sifat Solat Rasulullah
Koleksi infografik yang saya buat untuk mengajak semua orang kembali kepada sunnah. Buat ikut Rasulullah bukan ikut orang kata. Ringkasan yang saya belajar dari buku Sifat Solat Nabi oleh Imam Al-albani.
Mengapa buat infografik sifat solat nabi S.A.W.
Pada suatu hari saya tertawan dek nasihat yang mengajak solat seperti mana Rasulullah SAW solat. Saya pun beli buku, terjemahan Sifat Solat Nabi tulisan Imam Al-Albani.
Dalam pada masa yang sama, saya juga sedang ketagih infografik dan pinterest. Maka timbul ilham untuk menotakan dan meringkaskan isi buku tersebut ke dalam bentuk infografik.
Lalu lahirlah:
- Infografik Sifat Solat Nabi 01 - Menghadap Kiblat
- Infografik Sifat Solat Nabi 02 - Berdiri
- Infografik Sifat Solat Nabi 03 - Menggunakan Sutrah atau Penghadang
- Infografik Sifat Solat Nabi 04 - Niat dan Takbir
- Infografik Sifat Solat Nabi 05 - Kedudukan Tangan Semasa Solat Berdiri
- Infografik Sifat Solat Nabi 06 - Memandang Tempat Sujud dan Khusyuk dalam solat
- Infografik Sifat Solat Nabi 07 - Doa Iftitah dan Bacaan Al-Fatihah
- Infografik Sifat Solat Nabi 08 - Rukuk
- Infografik Sifat Solat Nabi 09 - Iktidal
- Infografik Sifat Solat Nabi 10 - Sujud
- Infografik Sifat Solat Nabi 11 - Duduk Antara Dua Sujud
- Infografik Sifat Solat Nabi 12
- Infografik Sifat Solat Nabi 13
- Infografik Sifat Solat Nabi 14
- Infografik Sifat Solat Nabi 15
Sumber Terbuka dan Mohon Sumbangan Semua
Semua infografik ini dilepaskan di bawah lesen CC0 (public domain) bermakna sesiapa saja boleh muatturun, cetak atau buat apa-apa saja tanpa perlu minta kebenaran saya.
Lebih baik daripada itu, saya mengubah infografik ini ke dalam format vektor grafik dan sumber terbuka (open source) di Github dengan harapan kita boleh bersama-sama memperbaiki kualiti infografik ini. Akan datang