September 18, 2016
Sebuah aplikasi yang sangat mudah dan ringkas, untuk peniaga kecil mencatat perniagaan mereka.
Suatu hari saya ternampak buku lama tajuk Panduan Peniaga Kecil tulisan Tun Mahathir Mohamad. Topik merekod perniagaan menarik perhatian saya.
Orang sekarang ramai yang suka berniaga kecil-kecilan, seperti jual tupperware, jual pakaian secara online dan lain-lain. Tetapi ramai yang tak mencatat jual beli mereka. Asalkan dapat duit lebih dari kos beli, mereka rasa untung dah.
Persoalannya, benarkah mereka untung? Keuntungan mesti dikira selepas tolak kos bahan mentah, kos pengangkutan, kos upah, kos tenaga dan lain-lain kos. Tanpa catatan yang jelas, kita tak tahu untung ke tidak.
Saya berpendapat, catatan perniagaan penting walaupun peniaga kecil. Aplikasi Buku Kira-kira dibina untuk memudahkan peniaga mencatat perniagaan. Seterusnya mempastikan mereka tidak berniaga untuk rugi.
Aplikasi siap sedia untuk digunakan tetapi tidak sesuai untuk kegunaan sebenar sekiranya, tuan-puan tak mahu kehilangan data. Pendek kata, boleh try tapi jangan guna untuk kegunaan seharian lah.
Pembangunan terbengkalai sebab dirasakan tidak berbaloi. Saya masih teringin untuk menyempurnakan aplikasi cuma saya perlu tahu adakah orang nak guna? Perancangan masa depan nak connectkan app dengan cloud, sebagai backup data. Selain itu, boleh siapkan laporan perniagaan, hantar emel kepada boss, anak2 buah dan sesiapa saja. Masalahnya, bila guna cloud, ada kos tambahan. Jadi perlu berbayar.