Ilmu Adalah Kuasa

IlmuAdalahKuasa (sistem IAK) terdiri daripada forum web untuk pelajar bersoal jawab, aplikasi-aplikasi kuiz pendidikan dan satu aplikasi permainan menggunakan markah dari aplikasi kuiz sebagai kuasa.

Forum Soal Jawab Aplikasi Kuiz Android

Mengapa IlmuAdalahKuasa dibina

99% kemahiran dan pengetahuan tentang pengaturcaraan saya datang dari hasil belajar sendiri bukan institusi sekolah atau universiti. Perkara ini berlaku sebab saya seronok belajar.

Keinginan nak tahu datang dalam diri menyebabkan saya tak berhenti mencari dan terus mencari ilmu. Sangat-sangat berbeza dengan sistem pendidikan formal yang berorientasikan peperiksaan.

Ilmu Adalah Kuasa dibina untuk menjadikan pelajar seronok belajar. Antara penyelesaian yang saya cadangkan ialah perkongsian ilmu. Pelajar boleh saling membantu menyelesaikan permasalahan dalam kalangan mereka di forum Ilmu Adalah Kuasa.

Tidak dinafikan markah sebagai ganjaran boleh memberikan semangat untuk belajar. Sebab itu saya bina juga aplikasi kuiz telefon pintar android untuk mereka bermain dan seronok sambil mendapat ilmu.

Saya dapat idea untuk menghubungkan semua markah mereka supaya boleh digunakan dalam permainan. Dengan harapan mereka lagi seronok nak belajar.

Kesimpulan, IlmuAdalahKuasa dihasilkan untuk melahirkan pelajar yang suka belajar.

Status semasa

Setelah berkongsi idea ini dengan kawan, kami tubuhkan syarikat Quwasa Trading yang salah satu tujuannya ialah untuk menyempurnakan projek ini. Oleh sebab itu, projek ini dipindahkan di bawah syarikat Quwasa Trading bukan projek persendirian lagi.