September 7, 2016
Sebuah laman web memaparkan terjemahan alquran dan hadis sahih.
Saya tambah lagi dengan sebuah telegram bot @nasihatibotuntuk orang-orang yang tak selalu di depan komputer macam saya. NasihatBot akan menghantar setiap hari satu nasihat dari al-quran dan hadis.
Anda mesti selalu baca kata-kata hikmah dari orang-orang ternama seperti Bill Gates, Steve Jobs, Thomas Edison, Mahatma Gandhi dan lain-lain. Kata-kata mereka baik untuk diambil sebagai nasihat dan semangat.
TETAPI, ada perkataan yang jauh lebih baik. Iaitu kalimatullah dan sunnah Rasulullah SAW.
Islam sempurna dan bercerita dari segala bidang: sains, perniagaan, politik dan lain-lain. Cuma tunggu kita betul-betul mengambil pengajaran daripadanya.
Saya buat web nasihat untuk mengajak kita semua mengUTAMAkan perkataan Allah dan Sunnah Rasulullah sebelum kata-kata lain.
Ini projek persendirian saya. Saya memerlukan bantuan anda dari segi kepakaran dan kewangan.
Web Nasihat dibina menggunakan teknologi Node.js, MongoDB, HTML, CSS, JavaScript dan Git. Sekiranya anda mempunyai kemahiran-kemahiran berikut tolong lihat kod di githubdan perbetulkan mana yang patut. Sila `pull-request` bila-bila masa.